21 July, 2012

Salam Ramadhan 2012

Marhaban Ya Ramadhan. Syukur Alhamdulillah, aku dan korang masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan tahun ni. Masuk je 1 Ramadhan tahun ni bermakna dah genap setahun aku berjaya berhenti merokok... boleh dikatakan antara pencapaian terhebat dalam hidup aku.

Ingat senang ke nak berhenti merokok? Kalau hati dan semangat tak kuat macam korang jangan harap le boleh berhenti. Kalau rasa tercabar sila cuba berhenti, bulan Ramadhan ni lah masa paling sesuai!


Dengan berkat Ramadhan ni, aku nak berpesan terutamanya kepada diri sendiri dan kepada sahabat2 yg sampai (sama ada yg sengaja mahupun yg tersesat) ke blog aku ni, marilah kita sama2 melakukan perubahan dalam hidup kita ke arah yang lebih baik dari sebelum ni.

Ingat balik apa tujuan kita diciptakan. Takkanlah hidup kita ni hanya utk kerja cari duit, makan, tidur, berak dan berseronok memuaskan macam2 nafsu semata-mata. Dah lama sangat kita lalai mengejar keseronokan dan kenikmatan dunia sampai kita lupa hidup kita ni sementara je.

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.�? (al-Hadiid: 20)

Tak dapat ubah banyak... ubah sikit2 dulu pun jadilah janji ada perubahan. Nak berubah jangan bertangguh-tangguh, ntah-ntah esok lusa mati... apa pun tak boleh!

Pesanan di atas memang nampak macam nak tunjuk bagus tapi percayalah alibukansetan ni ikhlas menegur sebab sayangkan sahabat2nya.

Selamat berpuasa dan kalau ada salah silap harap dimaafkan. Blog ni cuti sebulan kot.

4 comments :

  1. tahniah abg ali berjaya berenti merokok..
    sekarang tak byk keje bole la aktif berblog..hehe
    selamat menyambut ramadhan...maaf andai ada tersalah kata ye

    ReplyDelete
  2. tima kasih mamaaryan :D
    keje sampai mati pun x abih... blogging kalu rajin ikut mood je...hehe

    ReplyDelete
  3. xsangka my friend ni dah benti rokok..macam mana yek..ajar aku yang tegar nie..

    ReplyDelete
  4. aku pun tegar gak dulu... hati je kena kuat, takyah pakai ubat apa pun.. cara aku.. ko klik je link 'aku berjaya berhenti merokok' kat atas tu... selamat mencubaaa....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...