16 April, 2012

Angah, anda disahkan mengalami alahan makanan!

buat muka kesian
Dalam sebulan dua ni, Angah selalu mengalami gatal-gatal kulit seluruh badan. Kadang-kadang sampai timbul bengkak-bengkak kat kulit dan muka dia. Kesian tengok dia tergaru-garu. Bawa ke klinik, doktor kata mungkin sebab alahan kepada sesetengah jenis makanan.

Apakah jenis makanannya itu??? Nampaknya terpaksalah Angah dijadikan bahan ujikaji. Setelah melalui beberapa siri ujian pemakanan.... serta terpaksa menanggung beberapa siri kegatalan, rupanya Angah alah kepada........... daging ayam!!! Payah juga ni sebab daging ayamlah antara lauk yang budak-budak suka makan.

Heran juga sebab sebelum ni ok je dia makan ayam. Sampaikan makan kuah sup ayam pun tak boleh. Lebih heran lagi telur ayam boleh pulak dia makan. Hmm...nampaknya lepas ni terpaksalah Angah berpantang makan ayam ye. Tak bolehlah ayah belanja makan kat KFC lagi...

**UPDATE** : AGAK-AGAK SEBULAN DUA LEPAS TU...IBUNYA TERBAGI DIA MAKAN LAUK AYAM, EHH OK JE TAKDE APA2 TANDA ALAHAN PUN... NTAH YE NTAH IDAK DIA NI ADA ALAHAN...PANDAI2 JE MAK BAPAKNYA JADI DOKTOR TAK BERTAULIAH...

4 comments :

  1. Salam
    Alahan pada sesetengah makanan memang ada. Ada yg alah pada seafood, daging kambing, dsb.

    Saya sendiri adalah salah seorang yg alah pada daging ayam dari zaman kanak kanak sehinggalah sekarang. Ianya memang sukar kerana ayam adalah menu biasa kita di Malaysia.

    Berbanding makanan lain, kesan memakan daging ayam adalah paling ketara dan segera. Alahan bukanlah sejenis penyakit, oleh itu ianya tidak dapat diubati tapi ianya boleh dikawal dgn mengenalpasti punca alahan seterusnya mengelak punca tersebut.

    Harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  2. terima kasih nazri sudi kongsi info & pengalaman...

    ReplyDelete
  3. salam.

    Pengalaman sy pula ketika bulan puasa yang lalu.menu utama seperti kambing bakar selalu dihidangkan di kebanyakan hotel-hotel ketika waktu berbuka.selepas memakan daging kambing,sy dapati pada tangan sy mempunyai bentil-bentil dan gatal-gatal yang amat serius.mungkin cuaca yang panas juga menyebabkan hal ini terjadi dan ditambah dengan pemakanan.

    ReplyDelete
  4. fuhh kambing panggang la yg paling terhangat di pasaran... ka
    lau makan sikit xpe kot...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...