20 February, 2012

Berkhemah di Pantai Bagan Lalang

~ Ini aktiviti yg tak dirancang. Petang Sabtu...bosan tiada aktiviti. Tanya bini nak ke ke mana kita? "Dah lama tak pergi Bagan Lalang". Jom! Sebelum tu pastikan anak-anak siapkan kerja sekolah. Bawak la sekali khemah, toto & pakaian lebih... kita camping je la.

~ Kami sampai dah dekat pukul 6.00 petang. Cari port berkhemah dekat dgn tandas, surau dan medan selera. Nanti senang nak mandi, solat & melantak. Anak-anak terus bukak baju main kat pantai sampai senja, kecuali si Angah mandi sekejap je sebab katanya kesejukan rasa macam nak demam...pulak dah. Ayah & ibu mereka pulak bertungkus-lumus memasang khemah 6-man-tent yg dah bertahun tak diguna. Dah siap, bentangkan toto pulak... fuh memang luas, mewah dan selesa khemah ni. Kat sebelah kiri kanan ramai juga orang yg berkhemah... oklah tu meriah sikit.

~ Malam; lepas maghrib jalan-jalan cari makan kat kedai makan berdekatan khemah...seberang jalan je. Lepas tu lepak je kat khemah bersembang dan menyanyi anak beranak sambil menikmati unggun api dari jauh (budak-budak khemah sebelah punya). Pukul 11.00 mlm, semua dah ngantuk....penat le tu.


~ 1.30 pagi... terjaga bila rasa khemah bergoyang kuat ditiup angin yg agak kencang juga... macam nak hujan je. Ditambah pulak berkhemah bawah pokok rhu... deruan angin terdengar begitu kuat. Mungkin ada yg tak tau daun pokok rhu kalau ditiup angin akan menghasilkan bunyi 'rhuuuuuu'.... dari situlah pokok tu mendapat nama. Lepas tu hujan mula turun walaupun tak berapa lebat... apalagi.. sambung tidur la, anak-anak pun dah lena tak sedar apa dah.

~ Esoknya, sarapan roti canai beli kat gerai berdekatan. Lepas tu bagi peluang anak-anak berkubang lagi kat pantai. Aku cakap berkubang sebab pantainya agak berselut. Agak-agak matahari pun dah terik, bersiap dan berkemas untuk balik. Kalau dibiar lagi lama... rentung la anak-anak aku ni kena 'sunburn'.


.

4 comments :

  1. nak tanya sket bang, situ ade public toilet yg kita boleh mandi ke?

    ReplyDelete
  2. memang ada farid... kemudahan asas serba lengkap...

    ReplyDelete
  3. nak tanya...ni camping kat sebelah mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dak pepel... sampai simpang lepas hotel sri msia tu... ambik kiri... lepas gold coast terus lagi smpai jumpa medan selera... boleh camping tepi pantai seberang jalan tu...

      Delete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...