08 March, 2011

3 Hari 2 Malam @ Kota Kinabalu / Kundasang / Ranau

Percutian ni dah plan sejak tahun lepas lagi sebab tiket penerbangan Air Asia dibeli pada harga murah masa ada promosi. Sejak dari puteri bongsu aku belum pandai berjalan sampai la sekarang ni dah berlari2 anak. pejam-celik2x dah sampai masa untuk terbang. Sebulan sebelum berangkat aku booking hotel melalui booking.com. Ikuti catatan perjalanan aku (semuanya aku sumbat dlm satu entri ni je), mungkin sikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada kawan2 yg belum pernah ke sana.


HARI PERTAMA, 4 MAC 2011 (JUMAAT)

~ Malas nak drive ke LCCT, parking kereta kat KL Sentral, naik bas je. Ada dua syarikat bas kat aras LG KL Sentral ni; Skybus (bas rasmi Air Asia) & Aerobus, menyediakan perkhidmatan ulang-alik KL Sentral - LCCT setiap setengah jam. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Nak naik ERL mahal sangat tambangnya.


~ Flight dari KL 3.10 pm, sampai KK 5.40 pm (dah hampir waktu senja kat sini). Teruja nampaknya anak2 aku pertama kali naik kapal terbang. Ini kali pertama anak bini aku sampai ke Sabah, aku pulak kali ke-2 selepas trip
mendaki Gunung Kinabalu tahun 2009. Sesudah melepasi kaunter imigresen, terus contact owner kereta sewa yg aku dah booking seminggu sebelum tu. Dapat sewa Proton Persona dgn harga RM 120 sehari (aku sewa dua hari). Kira murahlah juga tu. Kalau ada yg berminat boleh contact  Adie, 014-5586425 & 016-5829313.


~ Dari airport melilau sekejap mencari Kinabalu Daya Hotel. Dah jumpa hotel satu hal lagi nak mencari parking punyalah seksa (silap pulak cari hotel yg tak sediakan tempat parking, ditambah pulak sebab weekend ramai pelancong ), terpaksalah parking jauh sikit dari hotel. Lepas check in, lepak bilik jap sambil mandi-manda utk menyegarkan badan.





~ Badan dah segar, nafsu utk membaham mula meluap-luap. Sebenarnya kat pusat bandar KK ni terdapat pelbagai makanan & juadah terutamanya makanan laut. Jalan punya jalan, kami buat keputusan makan ikan bakar kat belakang Pasar Filipina. Dengar cerita kat sini banyak pilihan ikan/sotong/udang segar yang baru naik dari laut. Harganya pun agak berpatutan, ada yg mahal ada yg murah... tengok jenis & saiz ikan la. Suasana kat sini pun meriah walaupun agak kurang selesa. Tapi bila dah lapar apadahal... tambah pulak kat sini aku dapat cuba sesuatu yg baru... makan sejenis rumpai laut (lupa apake namanya) dan makan umai (hirisan isi ikan mentah diperah asam limau macam salad la lebih kurang). Kalau dah muak makan seafood boleh order kepak ayam panggang bersebelahan kedai ikan bakar ni.


~ Dah kenyang, jalan2 window shopping sekitar Pasar Filipina & sekitar Pasar Malam Sinsuran. Lepas tu terus balik hotel pasal anak2 dah meragam kepenatan.




HARI KEDUA, 5 MAC 2011 (SABTU)


~ Isi minyak kereta RM 60.00. Banyak tempat nak pergi hari ni, mana yg sempatlah. Lepas subuh, lebih kurang pukul 6.30 pagi (masa ni dah terang) terus bertolak ke Kinabalu Park, Kundasang... 91 km dari KK, kalau memandu secara berhemah mengambil masa sejam setengah. Kalau memandu secara tak berhemah Insya Allah tak sampai langsung sebab jalan yg banyak selekoh tajam di kawasan berbukit bukau silap2 mungkin masuk gaung.




~ Kami target nak sampai awal sebab nak tengok puncak Gunung Kinabalu. Orang kata bila dah jam 9.00 pagi ke atas, puncak gunung dah dilitupi awan tebal. Kena tunggu lewat petang baru puncak muncul semula (bergantung kpd cuaca juga silap2 tak nampak terus). Kami sampai ke Kinabalu Park jam 8.00 pagi, sempatlah bergambar berlatarbelakangkan puncak Kinabalu yg tersergam indah. Sebelum tu nak masuk kena bayar RM 3.00 sekepala. Lepas tu memandu naik sikit lagi melalui jalan yg sempit ke Pondok Timpohon, tempat permulaan utk mendaki Gunung Kinabalu. Melepak jap kat situ kemudian turun balik utk sarapan kat satu kedai di simpang Kinabalu Park tu (lupa nama kedai tu).





~ Dari Kinabalu Park, bergerak lagi 10 km ke Pekan Kundasang (lalu je tak singgah pun) dan lebih kurang 31 km lagi ke Poring Hot Spring melalui pekan Ranau. Poring merupakan nama KadazanDusun utk sejenis spesies pokok buluh yg banyak tumbuh di kawasan tu. Kat Kolam Air Panas Poring ni ada kolam takungan air panas,suam & air sejuk dari gunung. Setakat nak rendam kaki je pun boleh. Nak lebih privacy, boleh sewa jakuzi tertutup dgn kadar berpatutan. Anak2 aku bila dah nampak air mulalah merengek nak mandi. Sebagai bapak mithali aku bagi can la mandi setengah jam kat Rock Pool, kolam air gunung.



~ Selain berendam air panas, kat kawasan Air Panas Poring ni juga ada Canopy Walkway (sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter atas pokok), Taman Kupu-Kupu, Taman Orkid, Gua Kelawar dan dua Air Terjun Kipungit & Langanan (kena trekking jauh sikit  le). Memandangkan aku bawa anak kecik, sampai setakat kolam air panas ni cukuplah, mungkin lain kali boleh jelajah jauh sikit. Bayaran masuk ke sini RM3.00 (dewasa) dan RM1.00 (kanak-kanak).



 
 
~ Lepas tu kami berkejar pula ke "Tagal" Sg. Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. Dari Poring keluar semula ke jalan nak ke Ranau, belok kiri ke jalan nak ke Telupid/Sandakan. Dari simpang tu ke Kg Luanti jaraknya kira-kira 20 km. Tagal ni adalah satu sistem pemuliharaan/perlindungan sungai oleh penduduk tempatan di mana dilarang sama sekali menangkap sebarang hidupan dlm sungai mahupun mencemarkan air sungai. Bayaran masuk ke tempat ni RM 5.00 (dewasa) & RM 2.00 (kanak2). Dgn tiket tu boleh la setakat nak rendam kaki sambil merasai urutan spa ikan kelah selama 15 minit. Lepas tu beli pulak makanan ikan sepeket kecik berharga 20 sen, tapi pembelian makanan ikan dihadkan supaya ikan2 tu tak kenyang sangat. Kalau kenyang sangat mungkin orang lain yg datang kemudian ikan2 tu buat tak reti je la kot. Tapi kalau nak mandi bersama ratusan ikan kelah yg jinak tu, bayarannya RM10.00 (selama 15 minit juga). Lagi puas hati dapat berendam sambil diurut (sebenarnya ikan tu gigit sel2 kulit mati), mula2 rasa geli2 tapi lama2 syok pulak, 15 minit macam tak cukup. Tapi bila tengok ikan besar2 lengan tu, dlm hati aku kalau dapat tangkap ni goreng pun sodaappp...heheh. Bini aku & 2 anak bujang aku tu pulak main kat tepi2 je pasal takut + geli.


~ Kira-kira 50 meter dari Sg. Moroli tu, ada simpang ke ladang Sabah Tea. Ladang Sabah Tea dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 ptg kecuali hari cuti umum. Masuk percuma je tapi utk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (sekali dgn lunch). Teh yg ditanam di sini mengunakan bahan2 organik maka teh yg dihasilkan sangat bermutu tinggi dan terjamin kebersihannya. Syok juga melepak kat restoran yg ada kat sini sambil menikmati pemandangan ladang teh yg luas terbentang (walaupun nampak macam tak seluas Ladang Teh Boh, Cameron Highlands) dan sambil tu boleh menikmati hidangan teh yang baru dipetik dan masih fresh lagi. Kat sebelah restoran tu juga ada kedai menjual barangan cenderamata dan Sabah Tea yg telah dipek cantik2.



~ Dari ladang Sabah Tea kami patah balik ke Kundasang, singgah kat deretan gerai menjual sayur2an, buah2an & bunga2an yg semuanya segar2 belaka baru dipetik dari ladang. Kat sini  kami cuma beli buah2 dan keropok sikit, habis takkan nak beli sayur bawa balik pulak. Masa ni dah hampir pukul 5.00 petang, hujan pulak dah turun renyai2, anak2 aku pulak dah terbongkang kepenatan kat seat belakang, kami pun terus balik ke KK... target nak sampai KK sebelum gelap. Disebabkan aku ni rabun ayam, tak berani pulak aku nak drive malam2 kat jalan yg aku tak biasa. Agak terkilan juga dah sampai area Kundasang/Ranau ni kami tak sempat melawat Mesilau Dairy Farm (ladang lembu ala New Zealand), Viviane Rafflesia Garden (boleh tengok bunga Rafflesia kalau kena musimnya) & Kundasang War Memorial Park (taman peringatan mangsa perang dunia ke-2). Biasalah dengan adanya anak2 kecik, pergerakan akan jadi sedikit lambat sebab nak melayan kerenah diorang. Mungkin lain kali lah kot.




~ Sampai KK dah senja, melepak jap kat Waterfront KK sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Perut pun dah lapar kami makan ikan bakar lagi kat tempat semalam, belakang Pasar Filipina. Lepas tu jalan2 kat dalam Pasar Filipina (agak mahal souvenir & barangan mutiara kat sini, perlukan skill tawar menawar yg tinggi), Pasar Ikan Masin (macam2 benda yg dah dimasinkan ada kat sini kecuali telur masin), dan lepas tu ke Pasar Malam Kg. Air ( aku rasa kat sini harga lebih murah berbanding Pasar Filipina). Bini aku ada la shopping sikit, aku pulak tak beli apa2 sebab aku mengamalkan konsep 'Destinasi Bajet'. Aku datang sini nak berjalan je, bukan nak shopping (sebenarnya bajet aku ngam2 je, heheh). Kemudian terus balik hotel, turunkan anak bini depan lobi hotel, dan lepas tu ada la dekat 7 kali aku tawaf keliling hotel tu baru dapat parking. Mandi & terus tido, penat sungguh berjalan sehari suntuk.



HARI KETIGA, 6 MAC 2011 (AHAD)


~ Hari terakhir. Walaupun flight kami petang ni pukul 6.30 pm, pagi ni kami terus checkout je dari hotel. Kemudian sarapan kat kedai mamak sebelah hotel tu. Lepas tu jalan kaki je meronda sekitar pusat bandar KK:



- KK Esplanade (yg ada mercutanda ikan layaran & lumba2 tu), 


- Pasar Basah KK (saja bawa anak2 tengok hasil laut segar yg baru naik dari laut, harga memang murah, tak silap aku kat pasar ni lah ramai org Semenanjung beli seafood segar siap boleh packing sekali dlm kotak utk bawa naik flight)


- Pasar Tamu Jalan Gaya. Diadakan hanya pada hari Ahad dari 6.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Kebanyakan barangan yg dijual lebih kurang sama macam mana2 pasar minggu/pekan sehari kat tempat2 lain. Ada la sikit keunikan seperti ada persembahan kebudayaan dan hasil kraftangan suku2 kaum kat Sabah ni serta banyak gerai menjual haiwan peliharaan, selain dari tu bagi aku biasa2 saja.

~ Dah penat berjalan kaki, naik kereta pulak ke  Menara Tun Mustapha (Menara Yayasan Sabah). Cuma singgah bergambar je kat salah satu mercu tanda KK ni.


~ Lepas tu ke Kampung Warisan/Muzium Sabah kat jalan nak ke Penampang. Sebenarnya aku tak minat sangat masuk muzium ni. Suasana suram dlm muzium tambah menyuramkan minat aku masuk ke sana walaupun tiket cuma RM 1.00 shj. Apapun kami masuk Kg. Warisan dulu, dapat mengenal jenis2 rumah berbagai suku kaum kat Sabah. Lepas tu barulah masuk muzium sekejap.





~ Tengahari, perut dah lapar pulak, pergi ke Pantai Tanjung Aru (7 km je dari pusat bandar KK), makan tengahari kat food court Anjung Perdana, suasana bersih & selesa betul2 tepi pantai. Macam2 ada kat sini... ikan bakar, kepak ayam madu, masakan bergoreng dll.  Ramai juga orang makan kat sini, tapi harga makanan kat gerai yg kami makan tu boleh tahan mahalnya. Gerai2 lain aku tak pasti pulak. Lepas makan lepak je la kat tepi pantai tu sambil melayan kerenah anak2.


~ 3.00 pm, hujan,nak ke airport pun awal lagi, minyak kereta pun ada lagi, patah balik ke pusat bandar KK. Singgah ke Menara Tinjau Bukit Signal. Takde apapun kat sini cuma ada dua buah platform untuk melihat pemandangan sebahagian pusat bandar KK ni...dari sini juga boleh nampak gugusan pulau2 kat Taman Laut Tuanku Abdul Rahman (kali ni tak sempat kami nak pergi). Lepak sekejap kat sini, hujan masih turun dan kami terus ke airport.


~ Kat airport Terminal 2, pulangkan kereta sewa dan bawa anak2 makan KFC... nanti dlm flight takdelah anak2 merengek lapar pulak. Nak beli makanan dlm flight faham2lah mahal nak mampus. Flight kami berlepas pukul 6.30 ptg dan selamat sampai LCCT pukul 9.00 malam. Dari LCCT naik bas ke KL Sentral... masa nak ambik kereta sekali terkena bayar parking sampai RM90.00 untuk 3 hari...adoiii... aku pun tak tau mana parking murah kat area KL Sentral ni... kalau macam ni baik parking kat LCCT terus...bayar pun lebih kurang je. Walau macam mana pun alhamdulillah selamat pergi dan balik. Wassalam.


28 comments :

  1. seronok aku baca.. sgt detail n memudahkan aku pegi sana mggu depan.. tq bro..

    ReplyDelete
  2. sama2 bro...selamat bercuti sakan... :D

    ReplyDelete
  3. HI saya menawarkan perkhidmatan sewa kereta kat kota kinabalu dengan harga berpatutan ..Myvi auto 1.3 RM120 sehari .. saga blm auto RM120 ,nIssan Urvan 14seater RM350 sehari ambil lebih dari 3 hari boleh discount sila buat booking awal ya.. 0138999242 brandon.. or website kami kat www.kkrentacar.com

    ReplyDelete
  4. dah pergi baru terbca..byk tmpt yg x sempt pegi..adooiii..

    ReplyDelete
  5. mcm x puas hati je... ada rezeki gi la repeat balik... :)

    ReplyDelete
  6. hehe biasa laa kli ptma smp...xsmpt nk pusing hbs.. ;)

    ReplyDelete
  7. details suggest tempat2 yg best kt sabah...senang sket aku nk g esok...thanks bro...

    ReplyDelete
  8. no hal bro... selamat berangkat & bercuti.. :)

    ReplyDelete
  9. trsangat menarik citer anda.tgh research tmpt2 menarik,nak anto info ke fam yg skrng @ sabah...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih blog baik. Saya InsyaAllah ke KK cuti sekolah november. Cuma agak sukar cari kereta sewa harga patut. Saudara pergi 2011 kira murah tu.
    Rosli JB.

    ReplyDelete
  11. bro rosli jb... selamat berangkat & bercuti.. :)

    ReplyDelete
  12. Info yg rasanya mesti berguna. Byk nya tempat yg sempat dilawati kat Kundasang. Mesti planning yg rapi. Harap-harap dpt mbantu krn nak pergi Dis ini. Masalah blm booking kereta sewa. Mahal ke kl sampai airport baru cari kereta sewa?

    ReplyDelete
  13. nk sewa kereta lebih baik survey & booking dulu... klau cari kt airport tak boleh buat perbandingan harga... kena pulak time tu cuti sekolah...

    ReplyDelete
  14. 3Nov aritu saya pergi 3 hr 2 mlm mmg x ckup..2hari kt kundasang..1hari lg tu kt pulau..rupanya byk tmpt kt kk yg sy x pegi..kne pegi lg skali ni..=) nway mmg sje pegi bkn time school break sbb tkt mahal..

    ReplyDelete
  15. memang rasa nak kena pergi lagi... banyak juga tmpt yg tak sempat pergi...

    ReplyDelete
  16. tak ingat dah, tp rasanya dekat ribu la jugak tak trmasuk tiket flight

    ReplyDelete
  17. terima kasih promote sabah! saya org sabah tp tak habis lg jalan2 kat sabah :)

    ReplyDelete
  18. sama2 khaisarah, memang biasa brlaku... ramai yg sy kenal yg x habis jln2 di negeri sendiri... trmasuk la sy sndiri.. hehe

    ReplyDelete
  19. sekiranya anda mahu datang keSabah anda boleh kol saya 0195333566..menyediakan pakej yang fleksibel...www.facebook.com/holiday.kinabalu
    kinabalu tourist guide

    ReplyDelete
  20. slm. nk tnya bleh bang? sya nk pi awai bln 5 ni, smpi sana dlm kul 10.30 pagi cm tu. kete dh book dh....klu nk terus drive terus pergi kundasang(gunung kinabalu) sempat x? lepas tu blik semula ke kk. check in kt tune hotel. Mas

    ReplyDelete
  21. wsalam sya.mastura, kk ke kundasang cuma 1 1/2jam ... kalau 10.30 gerak tghari dah boleh smpai.. setakat nk singgah kinabalu park & pekan kundasang rasanya sempat... slmt bercuti... :)

    ReplyDelete
  22. Klu nk pegi kolam air panas tu jauh x dari kinabalu pa rk. Terima kasih yer sbb sudi mnjawap pertanyaan saya ni. Risau gak rasa nk g dlm keadaan lahad datu yg perang tu....hehehe

    ReplyDelete
  23. knablu park ke poring= 41km... nk singgah sekejap mungkin sempat... xpe lahad datu jauh lagi kt sbelah timur Sabah

    ReplyDelete
  24. Agak jauh jga yer. ok lh tima kasih ye.....

    ReplyDelete
  25. Assalam..sesiapa nak berkunjung n perlukan kereta sewa..i.allah hubungi saya 0138680176 atau http://keretasewasabah.weebly.com

    ReplyDelete
  26. Car Rental Services And Tour Di kota Kinabalu
    Kami ada perkhidmatan kereta sewa di sekitar kota kinabalu dengan harga berpatutan.
    Saga Blm 1.3 Auto/ Manual 1ke 2 hari Rm120 sehari 3 hari dan keatas Rm100 sehari
    Myvi 1.3 Auto/ Manual 1ke 2 hari Rm120 sehari 3 hari dan keatas Rm100 Sehari
    Saga Flx auto 1ke 2 hari RM140 sehari 3 hari dan keatas Rm120 Sehari
    New Myvi Auto 1ke 2 hari Rm140 sehari 3 hari dan keatas Rm120 Sehari
    Viva 1.0 auto 1ke 2 hari Rm100 sehari 3 hari dan keatas RM90 Sehari
    Kenari 1.0 (M) 1 ke 2 hari RM90 sehari, 3 hari dan keatas RM80 Sehari
    Waja 1.6 Auto 1 ke 2 hari RM130 sehari 3 hari dan keatas RM120 sehari
    Nissan Urvan 3.0 (M) 1 ke 2 hari Rm280 sehari 3 hari dan keatas RM250 sehari
    Dan lain lain sila call 0178180805 untuk tempahan. Jika tiada pickup pangilan sila cuba sms ( kadang Busy)
    Kami juga ada driver jika perlu. round round kat tempat menarik seperti
    Mari mari Cultural ( Ada Tarian Kebudayaan Dan makanan masakan sabah Style)
    Tanjung Aru Beach ( Pantai Cantik , Matahari Terbenam )
    Pasar Kraf Tangan
    Restaurant Seafood Terbaik
    Weston Wetland ( River Cruise Seach Monyet Bayau @ probosics monkey , Kunang Kunang @ Fireflye di tempat tersebut makanan Local )
    Pekan Nabalu
    Kinabalu Park
    Ladang lembu mesilau @ Desa Catle
    Pasar Buah Kundasang , Fruit Market
    Luanti fish spa
    Poring Hot Spring
    Ladang Teh Ranau
    Rumah terbalik tamparuli
    Taman Buaya @ Crocodile Farm Tuaran ada lebih 1000 ekor buaya
    Kudat Simpang Mengayau
    Dan Banyak lagi jika berminat boleh hubungi saya .
    Terima kasih
    Leon - 017 81 80 805

    ReplyDelete
  27. "tumpang iklan tuan rumah..."... kan lebih manis jika minta izin tuan rumah kalau nk iklankn prkhidmatan...sy x kisahpun nk iklan asalkn berkaitan dgn entri... btw selamat maju jaya sdra zahar & holand, siapa brminat sila contact mereka...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...