31 December, 2011

Cerita Hujung Tahun 2011

~ Agak lama tiada entri baru kerana penulisnya tersangat sibuk bekerja mengalahkan Perdana Menteri. Sepanjang bulan November hingga awal Disember boleh dikatakan setiap hari termasuk Sabtu & Ahad terpaksa O.T demi menyelesaikan kerja yang berlambak di hujung tahun. Nak bawak anak bini gi jalan-jalan cuti sekolah ni pun tak sempat.

~ 12/12/11 (Isnin) ; Hari cuti am sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Main futsal friendly lawan Pejabat Operasi Kajang kat gelanggang futsal ntahapakenama kat Jln Reko, Kajang. Masing-masing menghantar 2 pasukan iaitu pasukan Kajang A (anggota tetap), Kajang B (sambilan), Gombak A (tetap) dan Gombak B (sambilan). Dijalankan secara liga sepusingan di mana berkesudahan dengan Kajang B menjadi juara. Team aku Gombak A no.3... pingat gangsa pun jadilah...

~ 15-17/12/11 (Khamis-Sabtu); Terpaksa tinggalkan anak bini lagi tiga hari. Kena pergi taklimat PHP pulak kat Selesa Beach Resort, PD.

~ 18/12/11 (Ahad) ; Baru ada kelapangan masa bawa anak jalan-jalan, tapi tak jauh mana cuma pergi mandi sungai kat Templer Park. Janji anak-anak gumbira.



 ~ 21/12/11 (Rabu) ; Selamat hari jadi anakku Angah yang ke-5. Aku selalu confuse umur sebenar dia sebab dia lahir hujung tahun. Cuma buat sambutan kecil-kecilan 5 beranak shj. kat rumah.



~ Kerja dah selesai, ambil peluang pulak untuk bercuti panjang sambil menguruskan persiapan persekolahan anak-anak... beli kelengkapan persekolahan... beli tu, bayar ni... nasib baik dibantu oleh bini dan jugak dapat duit bonus setengah bulan gaji dan bantuan pendidikan RM100... Kerajaan dah bagi... ambik dan terima kasih sajalah jangan banyak bunyi!

~ Lepas cuti Krismas, balik kampung bini 2-3 hari. Masa nak balik sempat singgah berkelah di Sg. Klah Hot Spring, bersama mertua dan abang ipar. Terima kasih kepada abang ipar yang sudi membelanja kami sekeluarga. :)


~ Sekarang orang kerja gomen tengah hangat pasal Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) & opsyen pencen dari 58 ke 60 tahun. Sebelum bercuti aku dah sain mana yang patut... kekal pencen pada umur 58 dan sain sajalah penerimaan SBPA. Sebarang isu berbangkit pasal gaji biar Qpac & JPA bincang kemudian. Sebarang ketidakadilan biar Allah shj membalasnya.Yang penting sekarang aku nak cutiiiiiiiiiii....!!!

Selamat tahun baru 2012.

21 November, 2011

Yay! Malaysia Juara Lagi!

Perjalanan Harimau Muda menang pingat emas bolasepak Sukan Sea 2011 di Indonesia.



PERINGKAT KUMPULAN


vs Singapore, 0-0


vs Thailand, 2-1


vs Kemboja, 4-1


vs Indonesia, 1-0

SEMI FINAL


vs Myanmar, 1-0

FINAL
Sebelum final, mungkin ini rahsia kejayaan Harimau Muda


vs Indonesia, 1-1


vs Indonesia, penalti 4-3

Tahniah Harimau Muda

Kepada Indonesia:
 
Indonesia memalukan? 
Tolong hilangkan kebencian dan dendam
Terimalah secara bermaruah


19 November, 2011

Selamat Hari Jadi Aina

dah 2 tahun umur puteri bongsu aku ni... semoga menjadi penyejuk mata dan hati ayah dan ibu. 


08 November, 2011

Dah 100 hari tak berasap... Mari Berhenti Merokok

Tengok kalendar, belek punya belek, kira punya kira, rupanya hari ni genap 100 hari aku berhenti merokok, bermula 1 Ramadhan lalu. Setelah menjadi perokok tegar selama lebih kurang 20 tahun, bagi aku ini satu pencapaian yang sangat hebat dan aku patut rasa bangga diri...syabas! Rupanya takde la susah sangat pun nak berhenti. Mari aku kongsikan sikit tip dan pengalaman berhenti merokok cara aku...

~ Punca utama aku nak berhenti merokok adalah sebab aku dah mula rasa mudah mengah dan semput bila naik tangga, main futsal atau aktiviti yang menggunakan tenaga yang agak banyak.

~ Jadi aku tetapkan tarikh utk berhenti! Masa paling sesuai dah tentulah bulan Ramadhan... Sepanjang hari kita berpuasa menahan lapar dahaga... dan boleh pulak menahan ketagihan rokok... apa salahnya kuatkan sikit hati tu teruskan tahan sampai lepas berbuka... kemudian sampai lepas terawih....sampai tidur....sampai lepas sahur...!!! bla...bla..bla...

~ Antara waktu paling makbul doa adalah masa kita berpuasa. Sebagai manusia yang lemah, banyakkanlah berdoa minta dikuatkan hati, keazaman dan semangat untuk berhenti merokok...insya Allah.

~ Kebetulan pulak dalam bulan Ramadhan lepas ada pulak khutbah Jumaat tentang keburukan merokok, ditambah lagi ada papan tanda kat perkarangan masjid yg tertulis hukum merokok adalah HARAM, tambah menguatkan azam aku nak berhenti.Selama ni pun bukanlah tak tau keburukan dan hukum merokok, cuma mungkin kali ni dah sampai seru.

~ Beritahu orang lain di sekeliling kita tentang keinginan untuk berhenti. Dapatkan sokongan terutamanya orang yang rapat dengan kita... Tapi janganlah mengharap sangat sokongan tu ...err...bini aku sendiri pun macam tak konfiden je bila aku cakap nak berhenti. Kawan-kawan pulak pandang sinis je niat suci aku tu sambil menghembuskan asap rokok ke muka aku dan tak putus-putus menghulur rokok kat aku...cis bedebah sungguh!

~ Sorok atau buang terus segala peralatan untuk merokok seperti pemetik api dan bekas habuk rokok.

~ Tanam perasaan benci pada rokok... pada rasanya...pada baunya... pada asapnya... dan pada risikonya terhadap kesihatan kita dan orang di sekeliling kita.

Dah malas nak tulis. Dipendekkan cerita, aku tak kata bila kita berhenti merokok kita takkan kena sebarang penyakit berbahaya. Ramai yang tak merokok tapi ada penyakit jugak. Tapi setidak-tidaknya dapatlah mengurangkan sikit risiko penyakit. Dan terbukti lepas 100 hari berhenti merokok ni, pernafasan pun dah rasa ringan sikit...

07 November, 2011

Salam Aidil Adha

Ahad, 6 November

~ Cuti 3 hari sempena Aidil Adha 1432. Kami hanya beraya di rumah sendiri, tak balik kampung atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Lepas solat raya bersama anak-anak bujang aku, balik ke rumah menikmati juadah raya masakan bini aku... nasi himpit, kuah kacang recycle & rendang ayam pencen. Kemudian ke surau pulak membantu melapah lembu korban sampai ke tengah hari. Setelah mendapat habuan sedikit daging, baliklah ke rumah dan melepak saja di rumah tak ke mana-mana.


Isnin, 7 November

~ Masih cuti. Bawa anak bini ke Bukit Melawati, Kuala Selangor. Kalau hari biasa boleh bawa kereta sampai ke puncak. Tapi pada hari minggu disediakan perkhidmatan keretapi, tambang RM3 (dewasa) & RM1 (kanak-kanak). Seronok betul anak-anak aku bergurau senda dengan lotong-lotong jinak yang memang banyak kat puncak Bukit Melawati ni. Tapi sebenarnya jinak-jinak lotong ni pun ada makna...iaitu hanya jika kita beri makan seperti kacang panjang, kacang tanah, isi keledek dan pisang yang banyak dijual kat atas tu. Kalau tangan kosong kita ni tak dipedulikannya pun.


 ~ Dah penat main dengan lotong, turun balik dengan keretapi dan singgah Taman Ikan Air Tawar di Taman Alam Kuala Selangor, di kaki Bukit Melawati je. Lepas tu perut pun dah lapar, pergi makan sate kat Satay Hut, Tanjung Karang. Perut dah kenyang...balik!

25 September, 2011

Suatu hari di Penghujung Raya

Hari ni rumah aku dikunjungi sahabat2 laa zaman sekolah dulu. Walaupun Syawal dah hampir di penghujung, diorang ni masih bersemangat nak beraya rumah sahabat2 lama. Seronok juga sesekali berjumpa mengimbau kenangan pahit manis masa zaman persekolahan, selain berkongsi perkembangan terbaru masing2.



Terima kasihlah kepada Azam, Rizal, Sidah, Senah & Mazni bersama keluarga masing2 sebab sudi singgah menceriakan suasana hujung2 raya kat rumah aku. Rumah banglo aku yang besar tu tiba2 jadi sempit pulak dengan kehadiran korang beramai2. Hehe!

Harap dimaafkan kalau ada sebarang kekurangan… sama ada kurang selesa, kurang sedap, kurang sopan mahupun kurang ajar… maaf zahir batin. Tahun depan datanglah lagi.

.

20 September, 2011

Kudaku lari gagah berani....

Aku ada memelihara seekor kuda bernama Demak, baka Taiwan tapi dilahirkan di Sarawak. Ramai yang kata kuda ni bukanlah dari baka yang baik, dan aku sendiri akui tenaga dan prestasinya tidaklah segagah kuda dari baka jenis baik, harganya pun murah je, tapi sekurang-kurangnya kuda ni dah banyak berjasa sepanjang 5 tahun aku menunggangnya.

Kerjaya aku sebagai seorang 'rider' memang memerlukan aku menunggang kuda setiap hari. Bukan saja memudahkan malah kerja aku pun lebih cepat disiapkan, walaupun agak mencabar kerana sering terdedah kepada hujan dan panas.

Tapi kebelakangan ni si Demak selalu uzur dan dah tak larat dibawa berjalan jauh. Nafasnya pun dah semakin semput. Sudahlah selalu sakit-sakit, kos rawatannya pulak semakin meningkat. Kalau setakat kos ubat dan vitamin tiap-tiap bulan tu je aku boleh tahan lagi. Yang aku tak boleh tahan dia punya kos pembedahan yang agak tinggi yang membuatkan aku pulak jadi semput. Terakhir sekali, baru lepas sebulan lebih dia dibedah, dah kena masuk sepital lagi untuk dibedah sebab penyakit yang sama. Aku dah tak boleh tahan lagi!


Hari ni aku beli seekor kuda baru berwarna oren, aku namakannya Dash. Walaupun harganya lebih mahal sikit dari si Demak, tapi kuda spesis ni memang tak perlu diragukan lagi memang jenis baka baik dari Jepun. Harap-harap warnanya yang bersinar terang tu akan membuatkan penunggang dan pemandu kenderaan lain lebih 'alert' dengan kehadirannya.

Dalam masa yang sama, aku cuba menjual si Demak, tapi setakat ni takde siapa yang sudi membelinya. Siapalah yang sanggup membelinya kalau tengok rupanya yang uzur tu. Tambahan pulak sudah tersebar berita di seluruh Malaysia bahawa kuda spesis ni memang jenis pakai buang punya. Untuk menjaga hatinya, kadang-kadang aku tunggang juga si Demak, bawa berjalan pergi ke kedai berdekatan rumah.

Kini aku dalam dilema, sama ada patutkah aku tambat saja di tepi rumah dan membiarkannya mati beragan, atau aku jual lelong timbang kati saja???

LELONG! LELONG! LELONG! SAPA NAK BELI MOTOR WEHHH??? AKU NAK TOLAK MURAH JE NI!

UPDATE: LEBIH KURANG 2-3 BULAN TERSADAI SEBAB DAH TAK BOLEH START, DAN SEBAB AKU PUN DAH MALAS NAK REPAIR, DAN SATU TAYAR & RIM DAH KENA CILOK...AKHIRNYA AKU TOLAK KAT LORI BESI BURUK DGN HARGA RM 50 JE... SELAMAT JALAN DEMAK!

05 September, 2011

Syawal 1432 / 2011

Salam Syawal.

- Raya tahun ni jatuh di pertengahan minggu, serentak pulak dgn cuti Hari Merdeka. Jadi cuma perlu ambil cuti rehat selama 2 hari, dapat 9 hari cuti berturut-turut. "Untunglah orang kerja gomen...", kata jiran aku yg kerja dgn swasta dan dah kena kerja pada raya ketiga. "Nak buat camne bang, dah nasib saya dapat cuti lelama...", kata aku, heheh!

- 4 hari diperuntukkan utk beraya di rumah mertua di Perak, dan 4 hari lagi di kampung aku sendiri di Pahang, adil lagi saksama, sama rata dan sama rasa!

- Syukur, dalam perjalanan balik beraya tahun ni, tak terlibat dgn kesesakan yg teruk, begitu juga semasa balik dari kampung. Tahun ni juga tak ditimpa tragedi dihempap pokok macam tahun lepas. Selamat pergi dan selamat balik, alhamdulillah!


- Tahniah buat Along kerana cuma kantoi puasa 2 hari je tahun ni. Itupun sebab 1 hari tu tak bangun sahur dan 1 hari lagi tu cuaca panas sangat. Kira hebatlah bagi budak umur 7 tahun, ditambah pulak hari2 'digoda' oleh adik-adiknya si Angah & Aina yg selamba je makan minum depan dia.

- Di musim raya ni aku masih lagi ada terdengar dialog ni: "Selamat hari raya, maaf zahir je ye...batin tarak!". Nampaknya masih ada lagi yg tak paham bahawa 'batin' dalam dialog seperti di atas bukanlah bermaksud keterlanjuran dari segi penggunaan tenaga batin ke atas orang lain, tapi bermaksud keterlanjuran yg menyakitkan hati atau menyinggung perasaan orang lain... ada fahammm???

- Masih belum terlambat rasanya utk aku mohon maaf zahir batin atas segala keterlanjuran, baik tutur kata mahupun perbuatan kepada semua yg mengenali aku tapi tak sempat berjumpa, juga kepada pengunjung blog ni kalau ada.

SELAMAT HARI RAYA.

.

31 July, 2011

Nafas Baru Ramadhan

- Esok dah puasa. Dah janji dengan anak bini dan juga dengan diri sendiri untuk cuba lagi berhenti merokok bermula 1 Ramadhan ni. Ini percubaan kedua setelah percubaan pertama Ramadhan dua tahun lepas cuma mampu bertahan sampai hari raya ketiga je kat kampung, tewas dengan godaan sedara mara, ipar duai dan sahabat handai yang bertalu-talu menghembuskan asap kat aku... bedebah sungguh mereka itu!

- Tapi kali ni aku betul2 berazam nak berhenti. Cukuplah dah lebih 20 tahun bersahabat dengan jin. Aku rasa tak perlu guna alat bantuan untuk berhenti (seperti terapi gantian nikotin dsb), yang penting hati kita ni kena kuat untuk melawan ketagihan.
- Hari ini, 8.30 malam...sebelum ke surau menunaikan solat terawih, aku lepak bersendirian di suatu sudut tembok yang agak suram kerana tidak mahu sebarang gangguan, aku sedang menikmati sedutan-sedutan dan hisapan-hisapan terakhir... sedutan dan hisapan yang dalam-dalam, yang sungguh-sungguh... sebagai tanda perpisahan aku dan dia...

- Aku pasti ramai yang senyum sinis kalau terbaca statement kat atas tu. Elehh...boleh percaya ke si Ali perokok tegar ni nak berhenti merokok! Heheh... sebenarnya aku pun tak berapa yakin aku boleh berhenti tapi aku saja je tulis macam tu sebab nak cuba bersikap positif, buat-buat konfiden je la sebagai faktor pendorong dan perangsang. Tolong doakan aku berjaya kawan!


Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan menghayati Ramadhan.

.

25 July, 2011

Keselamatan di Hari Kejadianku

- Hari lahir setiap tahun kita sambut dan kita ingat. Hari mati kita tak tau entah bila, walaupun tarikh sebenarnya dah ada tertulis di 'sana'. Setahun dua kebelakangan ni baru aku tersedar bahawa setiap kali hari jadi, umur aku sebenarnya makin pendek, entah berapa lama lagi nak hidup aku ni agaknya. Kalau ikut purata jangka hayat rakyat Malaysia, sisa hidup aku cuma tinggal lebih kurang 30 tahun lagi... itupun kalau sempat.

- Keseronokan menikmati kelazatan duniawi juga boleh dikatakan sudah puas dirasai...nasib baik nyawa tak dicabut  masa hidup dalam zaman kesesatan dulu... Syukur sebab aku masih diberi peluang bertaubat, dan menginsafi bahawa semua kelazatan dunia hanyalah sementara... dan juga menginsafi bahawa tujuan utama aku dijadikan dan dihidupkan di sini, hanyalah untuk mencari bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke alam yang kekal abadi di sana.

- Sebab tu sejak setahun dua kebelakangan ni, aku buat tindakan drastik untuk cuba berubah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni. Pedulikanlah kalau orang pandang sinis sambil kata " dia ni dah buang tebiat nak mampus ke hapa"... Tapi aku tak pulak kata sekarang ni aku ni dah baik sangat macam malaikat. Kan aku dah kata tadi aku cuma CUBA berubah menjadi lebih baik, sedangkan hakikat sebenarnya memang payah nak mengubah sifat buruk yang dah sebati menjadi darah daging. Takpelah, janji ada usaha untuk berubah ye tak?


- Sempena hari jadi aku ni, macam biasa bini aku belikan kek sebijik untuk aku percikkan air liur masa meniup lilin bersama anak-anak. Ni lagi satu aku pelik dengan bini aku ni... kenapa setiap kali hari jadi mesti kena ada kek? Tak boleh ke buat benda-benda lain.... pulut kuning ke, bubur lambuk ke...kambing golek ke? Kui3...apahal pun terima kasih lah kepada biniku yang bersusah payah membuat.... ehh membeli kek untuk lakimu ini. Err... tahun depan buat pulut kuning macam dalam gambar belah kanan tu pulak ye...nampak macam kek jugak apa...

- Sekarang dah jarang buka FB. Sekali buka ehh berderet rupanya sahabat-sahabat yang ucap selamat hari jadi kat aku. Terima kasih bebanyaklah kepada sahabat-sahabatku Ekin Saleh, Nawawi, Norita, Azamuddin, Hasni, Syed Shairazi, Hasnah, Nany, Zainora, Hazwani, Raiham, Noor Aini, Syafaliza, Azam, Faizul Joe, Azizul Hap Seng, Norhafiza, Mieen Edy, Ikhsan, Pugal, Wan Maizurina, Farry, Rafiqie, Aliena Suria, Maslina, Eyma, Rizaudin, Shahrizal, Syed al-Fatah & Fain Rosli.

- Aku pun doakan korang semua pun panjang umur dan dimurahkan rezeki, yang paling penting semoga hidup kita  semua ni diberkati dan dirahmati Allah. Kalau hidup je lama, rezeki pun banyak tapi tak berkat tak guna jugak kan?


24 July, 2011

Hantu Durian

22-24 Julai 2011 (Jumaat-Ahad) 

- Lepas habis kerja petang Jumaat tu, kemas barang sikit nak balik kampung aku...ada majlis tahlil di rumah mak sedara aku.. Bertolak pukul 8.00 lebih, sampai kampung dah 10.30 malam, anak bini dah lena tidur dalam kereta...kenduri pun dah habis. Maka tugas aku malam tu adalah cuba menghabiskan makanan yang tak habis, mengemas apa yang patut, dan esoknya ambik kontrak basuh pinggan mangkuk & periuk belanga. Mujurlah tak berapa banyak sangat yang perlu dibasuh sebab sekarang ni kat kawasan kampung2 pun hidangan kenduri dah dibuat secara buffet je, dah susah nak jumpa makan berhidang. Biasalah, manusia dah semakin malas dan semua kerja nak senang. Kalau kenduri besar sikit, dah ramai yang pakai pinggan & cawan pakai buang je, memang 'mesra tuan rumah' walaupun tak 'mesra alam sekitar'.

Lihatlah betapa serasinya kami...bentuk pun hampir seiras
- Sekarang musim durian tengah menjadi-jadi. Sepanjang 3 hari kat kampung ni puaslah melantak durian....bangun tidur pekena durian, sebelum tidur pun pekena durian dulu...boleh dikatakan tiada hari tanpa durianlah. Baik dalam bentuk buah mahupun dalam bentuk tempoyak.... Walau macam manapun, sejak setahun dua ni pengeluaran buah durian (dan buah2 lain juga) kat kampung aku ni semakin berkurangan sebab adanya gangguan dari beberapa jenis makhluk. Bukan disebabkan oleh 'Hantu Durian' tapi disebabkan oleh berpuluh-puluh ekor kera & beruk yang semakin beranak pinak kat belukar belakang kampung.


- Satu kelemahan kera/beruk ni adalah dia tak pandai nak kupas/kopek durian (berbanding dengan si tupai yang memang pakar menebuk lubang). Mungkin sebab bengang dan dengki punya pasal, banyaklah buah2 durian yang belum matang gugur dikerjakan mereka. Sebagai langkah proaktif, penduduk kampung telah menubuhkan satu skuad penembak tepat dalam usaha memerangi puak kera & beruk tersebut (eleh...guna lastik je sebenornye pun).

Sekian saya melaporkan dari Dusun Durian Desa Bakti, Mentakab, Pahang!

.

30 June, 2011

Catatan Perjalanan Jun 2011

Agak sibuk bulan ni sampai takde masa nak update blog (sebenarnya perasan sibuk + malas). Untuk memastikan blog aku ni tak bersawang, jadi aku update la satu entri ringkas tentang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku sepanjang bulan Jun ni.

12 Jun (Ahad)- Pergi kenduri kahwin kawan sepejabat (Pojie) kat Ulu Langat. Lepas kenduri, singgah Menara Tinjau Ampang (Look Out Point). Kali terakhir lepak kat sini kira-kira 8 tahun lepas, dah banyak perubahan yang berlaku.

Kalau dulu kat puncak tu cuma hutan, sekarang dah ada 4-5 restoran western food, bertambah happening dan sesuai la untuk melepak sambil menikmati pemandangan keseluruhan KL, lagi cantik kalau lepak waktu malam.



17 Jun (Jumaat) - Ambil cuti hari ni. Melalui fasa baru dalam hidup, bila kena pergi sekolah untuk mengambil report card anak sulung aku yang dah darjah 1. Dapat no. 3 dari 39 murid dalam kelas dia... kira OK lah tu. Sedikit dialog antara seorang cikgu dgn seorang bapak murid:

Cikgu: "Prestasi anak encik dalam exam setengah tahun ni bagus, cuma agak lemah dalam subjek Math. Lagi satu perangai dia nakal sangat...selalu buat bising, main kejar-kejar dalam kelas, kacau budak lain,dll.".

Bapak: "Errr... mana yang baik dan buruk saya dah bagitau kat dia, depan saya dia kata OK... belakang saya kalau dia tak ikut juga, saya nak buat macam mana lagi cikgu.... Mungkin ini penyakit keturunan agaknya (bapaknya dulu pun memang lemah Math dan perangainya agak nakal sikit...ngeh3). Cikgu sabor je la ye..."


23 Jun (Khamis) - Ambil cuti lagi, kali ni sempena hari sukan sekolah anak aku pulak. Apa jadah la pulak sukan buat hari bekerja ni? Ohh... sukan sekolah ni terpaksa dibuat dua kali sebab muridnya terlampau ramai. Sukan untuk Tahun 1,2 & 3 diadakan hari ni, untuk tahun 4,5 & 6 pulak dibuat hari Sabtu.

Ehh... si Along cuma masuk acara sukaneka je rupanya, semalam dia kata masuk acara lumba lari??? Ada-ada je lah budak ni!

01 June, 2011

Lagu untuk biniku

Biniku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi

Biniku
Termanis senyummu biar ku telan selautan hempedu
Dialah biniku selalu

Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia biniku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia biniku

Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cinta kan bercahaya jika disulami cinta suci

Binikuku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah biniku selama-lamanya

Di kala hidup ini rasa tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Di kala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya

Cinta ku bermakna kerna sama saling memahami
Cinta ku bercahaya kerna disulami cinta suci
Biniku...

Itulah lagu untuk biniku, diubahsuai dari lagu Gadisku (Search)... sempena ulangtahun ke-8 perkahwinan kami. Nak berjiwang sangat aku tak berapa reti, jadi lirik di atas jelas menerangkan maksudnya.

.

24 May, 2011

Kucing berjari enam

~ Seekor anak kucing warna putih campur coklat sikit mengiau-ngiau dekat rumah aku. Agaknya ada orang buang la tu. Kesian pulak menengoknya. Kutip je la buat anak angkat.


~ Mula-mula kurung dulu dalam bilik air sehari dua, biar membiasakan diri dengan tempat melepas dia.

~ Hari kedua baru perasan kucing ni ada sikit lain dari yang lain. Setiap kakinya ada enam jari (aku pun tak tau nak kata jari ke kuku). Tapi yang pasti kaki dia ada nampak pelik sikit. Tengok betul-betul gambar dia tu.

~ Apa nama nak bagi ni? Pikir punya piker bagi je nama JERRY… diglamerkan sikit sempena JARI-nya yang pelik tu.

21 May, 2011

Dinos Alive @ Pusat Sains Negara

~ Dah 2 minggu berturut-turut cuti hujung minggu aku terganggu kerana terpaksa pergi taklimat projek banci ekonomi kat Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang,Sepang & Port Dickson. Nak muntah dah rasanya kena masuk kelas dengar taklimat dari pagi sampai ke malam selama 4 hari 3 malam. Nak bernanah la pulak telinga aku mendengar cakap-cakap  macam bagus oleh pegawai-pegawai yang berlagak macam bagus.

~ Sebab kesian anak bini kena tinggal kat rumah tak pergi mana-mana, minggu ni aku bawa pergi Pusat Sains Negara, ada pameran Dinos Alive. Pameran ni dah lama sebenarnya, start Januari dan sekarang ni dah nak hujung-hujung dah pun. Sebelum ni tak terlintas pun nak ke sini tapi lepas baca cerita mamaaryan macam best je, baru ni tergerak nak pergi.

~ Sampai dekat pukul 11.00 am, aku tengok kat parking ada berbelas buah bas. Sah bersesak punya ni. Penuh dengan bebudak sekolah & tadika.

~ Tiket masuk RM10.00(dewasa), RM5.00 (kanak-kanak 4-17 tahun) & ada pakej famili RM25.00 (2 dewasa 2 kanak-kanak).

~ Apa ada kat sini? Mula-mula nak masuk kita akan melalui terowong akuarium ikan air tawar macam kat Aquaria KLCC. Lepas tu dah namanya pun pameran dinosaur… mestilah ada replika dinosaur. Kat ruang legar ada 2 ekor dinosaur besar yang boleh bergerak-gerak… T-Rex dan sekor lagi lupa ntahapa ke nama spesisnya. Kat ruang dalam tingkat dua ada lagi dinosaur spesis karnivor & herbivor duduk dalam gelap. Suasana kat dalam tu agak hingar bingar dengan lolongan dinosaur  dan suara bebudak menangis ketakutan. Selain tu, ada macam-macam pameran dan permainan sains yang memang bagus untuk memupuk minat budak-budak pada ilmu sains. Mungkin sebab pergi pameran ni, anak-anak aku akan tiba-tiba minat sains seterusnya menjadi saintis satu hari nanti…heheh. Dah malas nak cerita, kalau berminat korang pergilah tengok sendiri.
 

~ Hampir 4 jam juga kami kat sini. Masa mula-mula sampai tadi, aku agak cemas juga sebab anak aku si Angah tu tiba-tiba hilang dari pandangan walaupun aku dah pesan jangan jalan jauh dari aku. Melilau juga aku mencari kat celah-celah bebudak yang ramai tu. Nasib baik ibunya jumpa. Masa dah nak balik ni pulak, terjumpa kawan sepejabat aku si Jiman macam tengah tercari-cari seseorang…ehh hilang anak jugak ke? Laa…. bini yang hilang rupanya….kui3.

~ Kata petugas kat kaunter tu, pameran yang sepatutnya habis 31 Mei dilanjutkan lagi sampai 12 Jun. Jadi sesapa yang belum pergi tu cepat-cepatlah pergi.


01 May, 2011

Selamat Harijadi Along

Seorang ayah berkata kepada anak sulungnya… “Nabi kata kalau dah cukup umur 7 tahun dah kena mula solat 5 waktu… kalau tak nak solat nabi pesan suruh rotan je. Macam mana ni Along?”

Along kata… “OKlah ayah… mula hari ni Along takkan tinggal solat.Along tak nak kena rotan dan Along tak nak masuk neraka.”

Sejuk hati ayah dan ibunya mendengar kata-kata anak sulung mereka itu. Harap-harapnya berkekalanlah menjadi manusia yang tak meninggalkan solat sampai ke akhir hayatnya. Aamin!



Selamat harijadi ke-7, Along… hanya buat sambutan kecil-kecilan. Breakfast kat McD lepas tu balik rumah… Makan cheese cake hasil air tangan ibunya sendiri, buat ice blended & layan kentang goreng je.

P/S: "Errr... tapi sebenarnya Along, Nabi s.a.w suruh rotan tu bila dah umur 10 tahun.....!!!"

21 April, 2011

Mengapa perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya

Lama tak update blog ni, penat juga aku nak membersihkan sawang, mengusir khinzir hutan yg dah bersarang kat sini, seterusnya menebas semak samun yg makin meninggi. Kali ni cuma nak buat entri untuk peringatan diri sendiri je...

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.


Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’ Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.
Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya, ’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘

Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.

Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

::[ Pengukir Kata ]::

Cilok dari FB.

~ Hoh! Apa lagi, pergi la ambik Quran yg dah berhabuk dalam lemari tu,bawak-bawak la dibaca. Ada sesetengah orang tu pulak, Quran dibuat maskahwin/hantaran kahwin tapi lepas kahwin sampai anak dah berderet Quran tu cuma jadi perhiasan je. Apa??? kat rumah ko takde Quran??? Itu lagi haru, ko mengaku ko Islam tapi kat umah Quran pun takde... astaga!

~ Perkembangan terkini: Aku sedang mengikuti kelas Bahasa Arab di mana tenaga pengajarnya adalah anak sulung aku yg baru darjah 1 tu..heheh. Almaklumlah masa bapaknya ni kecik-kecik dulu mana ada belajar Bahasa Arab, mana ada sekolah agama. Bahasa Al-Quran tu beb, kenalah usaha belajar walaupun cuma yg basic je. Ok lah, aku share sikit apa yg aku dah belajar...


Sorsurun - Lipas
Zababun - Lalat


OK, itu je yg aku tau setakat ni, anak aku baru ajar sampai situ.

21 March, 2011

Restoran Chiangmai @ Sg. Buloh


Dibelanja oleh abang ipar yg tengah kaya baru dapat bonus di Restoran Chiangmai Sg. Buloh. Makanan kat sini tersangatlah pedas. Tak sesuai utk sesetengah golongan masyarakat terutama budak2 tapi sangat sesuai dgn tekak aku.


Kalau datang sekeluarga seramai 10 org tapi takde bajet sebanyak RM366 jangan sekali-kali berani datang makan kat sini. Sapa berani? Kalau takde orang belanja aku pun tak berani! Hehehh.

08 March, 2011

3 Hari 2 Malam @ Kota Kinabalu / Kundasang / Ranau

Percutian ni dah plan sejak tahun lepas lagi sebab tiket penerbangan Air Asia dibeli pada harga murah masa ada promosi. Sejak dari puteri bongsu aku belum pandai berjalan sampai la sekarang ni dah berlari2 anak. pejam-celik2x dah sampai masa untuk terbang. Sebulan sebelum berangkat aku booking hotel melalui booking.com. Ikuti catatan perjalanan aku (semuanya aku sumbat dlm satu entri ni je), mungkin sikit sebanyak boleh dijadikan panduan kepada kawan2 yg belum pernah ke sana.

HARI PERTAMA, 4 MAC 2011 (JUMAAT)

~ Malas nak drive ke LCCT, parking kereta kat KL Sentral, naik bas je. Ada dua syarikat bas kat aras LG KL Sentral ni; Skybus (bas rasmi Air Asia) & Aerobus, menyediakan perkhidmatan ulang-alik KL Sentral - LCCT setiap setengah jam. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Nak naik ERL mahal sangat tambangnya.


~ Flight dari KL 3.10 pm, sampai KK 5.40 pm (dah hampir waktu senja kat sini). Teruja nampaknya anak2 aku pertama kali naik kapal terbang. Ini kali pertama anak bini aku sampai ke Sabah, aku pulak kali ke-2 selepas trip
mendaki Gunung Kinabalu tahun 2009. Sesudah melepasi kaunter imigresen, terus contact owner kereta sewa yg aku dah booking seminggu sebelum tu. Dapat sewa Proton Persona dgn harga RM 120 sehari (aku sewa dua hari). Kira murahlah juga tu. Kalau ada yg berminat boleh contact  Adie, 014-5586425 & 016-5829313.


~ Dari airport melilau sekejap mencari Kinabalu Daya Hotel. Dah jumpa hotel satu hal lagi nak mencari parking punyalah seksa (silap pulak cari hotel yg tak sediakan tempat parking, ditambah pulak sebab weekend ramai pelancong ), terpaksalah parking jauh sikit dari hotel. Lepas check in, lepak bilik jap sambil mandi-manda utk menyegarkan badan.




~ Badan dah segar, nafsu utk membaham mula meluap-luap. Sebenarnya kat pusat bandar KK ni terdapat pelbagai makanan & juadah terutamanya makanan laut. Jalan punya jalan, kami buat keputusan makan ikan bakar kat belakang Pasar Filipina. Dengar cerita kat sini banyak pilihan ikan/sotong/udang segar yang baru naik dari laut. Harganya pun agak berpatutan, ada yg mahal ada yg murah... tengok jenis & saiz ikan la. Suasana kat sini pun meriah walaupun agak kurang selesa. Tapi bila dah lapar apadahal... tambah pulak kat sini aku dapat cuba sesuatu yg baru... makan sejenis rumpai laut (lupa apake namanya) dan makan umai (hirisan isi ikan mentah diperah asam limau macam salad la lebih kurang). Kalau dah muak makan seafood boleh order kepak ayam panggang bersebelahan kedai ikan bakar ni.


~ Dah kenyang, jalan2 window shopping sekitar Pasar Filipina & sekitar Pasar Malam Sinsuran. Lepas tu terus balik hotel pasal anak2 dah meragam kepenatan.




HARI KEDUA, 5 MAC 2011 (SABTU)


~ Isi minyak kereta RM 60.00. Banyak tempat nak pergi hari ni, mana yg sempatlah. Lepas subuh, lebih kurang pukul 6.30 pagi (masa ni dah terang) terus bertolak ke Kinabalu Park, Kundasang... 91 km dari KK, kalau memandu secara berhemah mengambil masa sejam setengah. Kalau memandu secara tak berhemah Insya Allah tak sampai langsung sebab jalan yg banyak selekoh tajam di kawasan berbukit bukau silap2 mungkin masuk gaung.

~ Kami target nak sampai awal sebab nak tengok puncak Gunung Kinabalu. Orang kata bila dah jam 9.00 pagi ke atas, puncak gunung dah dilitupi awan tebal. Kena tunggu lewat petang baru puncak muncul semula (bergantung kpd cuaca juga silap2 tak nampak terus). Kami sampai ke Kinabalu Park jam 8.00 pagi, sempatlah bergambar berlatarbelakangkan puncak Kinabalu yg tersergam indah. Sebelum tu nak masuk kena bayar RM 3.00 sekepala. Lepas tu memandu naik sikit lagi melalui jalan yg sempit ke Pondok Timpohon, tempat permulaan utk mendaki Gunung Kinabalu. Melepak jap kat situ kemudian turun balik utk sarapan kat satu kedai di simpang Kinabalu Park tu (lupa nama kedai tu).




~ Dari Kinabalu Park, bergerak lagi 10 km ke Pekan Kundasang (lalu je tak singgah pun) dan lebih kurang 31 km lagi ke Poring Hot Spring melalui pekan Ranau. Poring merupakan nama KadazanDusun utk sejenis spesies pokok buluh yg banyak tumbuh di kawasan tu. Kat Kolam Air Panas Poring ni ada kolam takungan air panas,suam & air sejuk dari gunung. Setakat nak rendam kaki je pun boleh. Nak lebih privacy, boleh sewa jakuzi tertutup dgn kadar berpatutan. Anak2 aku bila dah nampak air mulalah merengek nak mandi. Sebagai bapak mithali aku bagi can la mandi setengah jam kat Rock Pool, kolam air gunung.

~ Selain berendam air panas, kat kawasan Air Panas Poring ni juga ada Canopy Walkway (sepanjang 157.8 m dan setinggi 41 meter atas pokok), Taman Kupu-Kupu, Taman Orkid, Gua Kelawar dan dua Air Terjun Kipungit & Langanan (kena trekking jauh sikit  le). Memandangkan aku bawa anak kecik, sampai setakat kolam air panas ni cukuplah, mungkin lain kali boleh jelajah jauh sikit. Bayaran masuk ke sini RM3.00 (dewasa) dan RM1.00 (kanak-kanak).



~ Lepas tu kami berkejar pula ke "Tagal" Sg. Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau. Dari Poring keluar semula ke jalan nak ke Ranau, belok kiri ke jalan nak ke Telupid/Sandakan. Dari simpang tu ke Kg Luanti jaraknya kira-kira 20 km. Tagal ni adalah satu sistem pemuliharaan/perlindungan sungai oleh penduduk tempatan di mana dilarang sama sekali menangkap sebarang hidupan dlm sungai mahupun mencemarkan air sungai. Bayaran masuk ke tempat ni RM 5.00 (dewasa) & RM 2.00 (kanak2). Dgn tiket tu boleh la setakat nak rendam kaki sambil merasai urutan spa ikan kelah selama 15 minit. Lepas tu beli pulak makanan ikan sepeket kecik berharga 20 sen, tapi pembelian makanan ikan dihadkan supaya ikan2 tu tak kenyang sangat. Kalau kenyang sangat mungkin orang lain yg datang kemudian ikan2 tu buat tak reti je la kot. Tapi kalau nak mandi bersama ratusan ikan kelah yg jinak tu, bayarannya RM10.00 (selama 15 minit juga). Lagi puas hati dapat berendam sambil diurut (sebenarnya ikan tu gigit sel2 kulit mati), mula2 rasa geli2 tapi lama2 syok pulak, 15 minit macam tak cukup. Tapi bila tengok ikan besar2 lengan tu, dlm hati aku kalau dapat tangkap ni goreng pun sodaappp...heheh. Bini aku & 2 anak bujang aku tu pulak main kat tepi2 je pasal takut + geli.



~ Kira-kira 50 meter dari Sg. Moroli tu, ada simpang ke ladang Sabah Tea. Ladang Sabah Tea dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 ptg kecuali hari cuti umum. Masuk percuma je tapi utk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (sekali dgn lunch). Teh yg ditanam di sini mengunakan bahan2 organik maka teh yg dihasilkan sangat bermutu tinggi dan terjamin kebersihannya. Syok juga melepak kat restoran yg ada kat sini sambil menikmati pemandangan ladang teh yg luas terbentang (walaupun nampak macam tak seluas Ladang Teh Boh, Cameron Highlands) dan sambil tu boleh menikmati hidangan teh yang baru dipetik dan masih fresh lagi. Kat sebelah restoran tu juga ada kedai menjual barangan cenderamata dan Sabah Tea yg telah dipek cantik2.

~ Dari ladang Sabah Tea kami patah balik ke Kundasang, singgah kat deretan gerai menjual sayur2an, buah2an & bunga2an yg semuanya segar2 belaka baru dipetik dari ladang. Kat sini  kami cuma beli buah2 dan keropok sikit, habis takkan nak beli sayur bawa balik pulak. Masa ni dah hampir pukul 5.00 petang, hujan pulak dah turun renyai2, anak2 aku pulak dah terbongkang kepenatan kat seat belakang, kami pun terus balik ke KK... target nak sampai KK sebelum gelap. Disebabkan aku ni rabun ayam, tak berani pulak aku nak drive malam2 kat jalan yg aku tak biasa. Agak terkilan juga dah sampai area Kundasang/Ranau ni kami tak sempat melawat Mesilau Dairy Farm (ladang lembu ala New Zealand), Viviane Rafflesia Garden (boleh tengok bunga Rafflesia kalau kena musimnya) & Kundasang War Memorial Park (taman peringatan mangsa perang dunia ke-2). Biasalah dengan adanya anak2 kecik, pergerakan akan jadi sedikit lambat sebab nak melayan kerenah diorang. Mungkin lain kali lah kot.

~ Sampai KK dah senja, melepak jap kat Waterfront KK sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Perut pun dah lapar kami makan ikan bakar lagi kat tempat semalam, belakang Pasar Filipina. Lepas tu jalan2 kat dalam Pasar Filipina (agak mahal souvenir & barangan mutiara kat sini, perlukan skill tawar menawar yg tinggi), Pasar Ikan Masin (macam2 benda yg dah dimasinkan ada kat sini kecuali telur masin), dan lepas tu ke Pasar Malam Kg. Air ( aku rasa kat sini harga lebih murah berbanding Pasar Filipina). Bini aku ada la shopping sikit, aku pulak tak beli apa2 sebab aku mengamalkan konsep 'Destinasi Bajet'. Aku datang sini nak berjalan je, bukan nak shopping (sebenarnya bajet aku ngam2 je, heheh). Kemudian terus balik hotel, turunkan anak bini depan lobi hotel, dan lepas tu ada la dekat 7 kali aku tawaf keliling hotel tu baru dapat parking. Mandi & terus tido, penat sungguh berjalan sehari suntuk.





HARI KETIGA, 6 MAC 2011 (AHAD)

~ Hari terakhir. Walaupun flight kami petang ni pukul 6.30 pm, pagi ni kami terus checkout je dari hotel. Kemudian sarapan kat kedai mamak sebelah hotel tu. Lepas tu jalan kaki je meronda sekitar pusat bandar KK:

- KK Esplanade (yg ada mercutanda ikan layaran & lumba2 tu), 

- Pasar Basah KK (saja bawa anak2 tengok hasil laut segar yg baru naik dari laut, harga memang murah, tak silap aku kat pasar ni lah ramai org Semenanjung beli seafood segar siap boleh packing sekali dlm kotak utk bawa naik flight)


- Pasar Tamu Jalan Gaya. Diadakan hanya pada hari Ahad dari 6.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Kebanyakan barangan yg dijual lebih kurang sama macam mana2 pasar minggu/pekan sehari kat tempat2 lain. Ada la sikit keunikan seperti ada persembahan kebudayaan dan hasil kraftangan suku2 kaum kat Sabah ni serta banyak gerai menjual haiwan peliharaan, selain dari tu bagi aku biasa2 saja.

~ Dah penat berjalan kaki, naik kereta pulak ke  Menara Tun Mustapha (Menara Yayasan Sabah). Cuma singgah bergambar je kat salah satu mercu tanda KK ni.



~ Lepas tu ke Kampung Warisan/Muzium Sabah kat jalan nak ke Penampang. Sebenarnya aku tak minat sangat masuk muzium ni. Suasana suram dlm muzium tambah menyuramkan minat aku masuk ke sana walaupun tiket cuma RM 1.00 shj. Apapun kami masuk Kg. Warisan dulu, dapat mengenal jenis2 rumah berbagai suku kaum kat Sabah. Lepas tu barulah masuk muzium sekejap.

~ Tengahari, perut dah lapar pulak, pergi ke Pantai Tanjung Aru (7 km je dari pusat bandar KK), makan tengahari kat food court Anjung Perdana, suasana bersih & selesa betul2 tepi pantai. Macam2 ada kat sini... ikan bakar, kepak ayam madu, masakan bergoreng dll.  Ramai juga orang makan kat sini, tapi harga makanan kat gerai yg kami makan tu boleh tahan mahalnya. Gerai2 lain aku tak pasti pulak. Lepas makan lepak je la kat tepi pantai tu sambil melayan kerenah anak2.



~ 3.00 pm, hujan,nak ke airport pun awal lagi, minyak kereta pun ada lagi, patah balik ke pusat bandar KK. Singgah ke Menara Tinjau Bukit Signal. Takde apapun kat sini cuma ada dua buah platform untuk melihat pemandangan sebahagian pusat bandar KK ni...dari sini juga boleh nampak gugusan pulau2 kat Taman Laut Tuanku Abdul Rahman (kali ni tak sempat kami nak pergi). Lepak sekejap kat sini, hujan masih turun dan kami terus ke airport.

~ Kat airport Terminal 2, pulangkan kereta sewa dan bawa anak2 makan KFC... nanti dlm flight takdelah anak2 merengek lapar pulak. Nak beli makanan dlm flight faham2lah mahal nak mampus. Flight kami berlepas pukul 6.30 ptg dan selamat sampai LCCT pukul 9.00 malam. Dari LCCT naik bas ke KL Sentral... masa nak ambik kereta sekali terkena bayar parking sampai RM90.00 untuk 3 hari...adoiii... aku pun tak tau mana parking murah kat area KL Sentral ni... kalau macam ni baik parking kat LCCT terus...bayar pun lebih kurang je. Walau macam mana pun alhamdulillah selamat pergi dan balik. Wassalam.



27 February, 2011

Team Building @ Dusun Eco Resort

Dalam kesibukan kerja, sempat jugalah ofis aku mengadakan program team building kat Dusun Eco Resort, Bentong, dengan tujuan untuk meningkatkan semangat berpasukan dan silaturrahim sesama rakan sekerja aku di P.O Gombak. Disertai juga 6 org wakil dari P.O Kajang. Ni aku buat catatan sikit:

Hari Pertama;  26 Feb. 2011 (Sabtu) 

~ 8.30 am, berkumpul dan bertolak dari pejabat, sampai di Dusun Eco Resort pada 9.30 am. Check in dan sarapan nasi bungkus. Lepas tu pasang khemah, bagi taklimat sikit & pembahagian kumpulan. Aktiviti pertama, rentas halangan. Ada 12 halangan yang agak mencabar perlu ditempuhi. Tapi aku rasa halangan terakhirlah yg paling mencabar bila terpaksa merangkak dlm kubang berlumpur. Masing2 dah macam khinzir je baunya.

~ Habis je aktiviti rentas halangan, terus buat aktiviti kedua iaitu berakit. Peserta dibahagi dua kumpulan dan kena buat rakit sendiri (bahan2 buluh, tali & pelampung dibekalkan). Walaupun rakit kumpulan aku siap paling awal, tapi bila sampai giliran aku naik je... 2-3 kali rakit tu terbalik. Balancing lari kot!



~ Lepas berakit, balik ke khemah, masak utk makan tengahari. Nasib baik ada staff veteran yg tak larat join aktiviti yg tolong masak... legalah sikit kami yang kepenatan ni. Terima kasih kpd Chef Dir & Co. Kalau dah dalam hutan ni masak bodoh2 pun semuanya sedap dibaham. Lepas makan, aktiviti bebas... semestinya diisi dengan aktiviti meniduri diri masing2.

~ Petang, aktiviti riadah ringan2... main sepakraga bulatan & mandi kolam.

~ Malam diiisi dgn program kerohanian; solat maghrib & isya' berjemaah, diselitkan dgn kuliah maghrib secara santai oleh al-fadhil bos kami sendiri... Lepas tu aktiviti bakor-membakor ayam utk dinner & aktiviti berkumpulan secara santai juga sebelum tido.



Hari Kedua;  27 Feb. 2011 (Ahad)
~ Lepas solat subuh berjemaah, sarapan & mengemaskan khemah masing2, bersiap sedia utk check-out dari tapak perkhemahan. Acara yg wajib dah habis, kaum ibu termasuklah bos aku memilih utk terus balik ke pangkuan laki bini masing2.

~ 15 peserta lelaki yg tinggal memutuskan utk main paintball. Perjalanan ke gelanggang paintball sungguh mencabar, kena mendaki 200 anak tangga. Tapi rasa teruja mengatasi segalanya sebab kebanyakannya tak pernah main paintball (termasuk aku). Kami diberi 150 biji peluru (RM 35.00).

~ Memandangkan ini pengalaman pertama, kami minta pada instructor supaya permainan dijalankan secara 'no rules'... main la sampai habis peluru. Dah kena tembak pun takde hal boleh main lagi... sampai ada mamat yg gila menembak habis peluru dlm masa tak sampai 3 minit. Syok juga main perang2 ni, teringat zaman kecik2 dulu.



~ SETAKAT NI JE LAH AKU BOLEH CERITA PASAL MAIN PAINTBALL NI. AKU DAH KENA 3 DAS TEMBAKAN. SATU KAT DADA, SATU KAT KAKI DAN SATU LAGI BETUL2 TEPAT KAT KEPALA. KALAU PELURU BETUL KIRANYA AKU DAH MATI SYAHID DAH NI.

~ Habis je game paintball tu, terus balik dan singgah Hutan Lipur Lentang utk membersihkan diri.

~ Kesimpulannya, boleh dikatakan program team building ni SUKSES! Sekian adanya.

12 February, 2011

Picnic @ DR Campsite, Hulu Langat

~ Suatu hari Sabtu, bawa anak-anak dan dua sepupunya (anak kakak aku) berkelah kat DR Campsite, Kg Lubuk Kelubi, Hulu Langat.

~ Kalau nak parking kereta betul-betul dalam kawasan campsite, jalan masuk agak sempit dan mencabar. Kalau taknak ikut jalan tu, boleh ikut jalan satu lagi tapi kena berjalan kaki jauh sikit (lebih kurang 100 meter) dari tempat parking ke campsite.

~ Sungainya memang cantik dan bersih, sesuai la untuk kanak-kanak mandi-manda. Sedar tak sedar, dari pukul 11.00 am sampai 5.00 pm bebudak tu berendam tengah panas. Naik makan sekejap pastu sambung berendam balik. Habis rentung!

06 February, 2011

Raya Cina yang sesak gila... Ramai yang masuk perlumbaan endurance

~ Tahun Baru Cina, cuti panjang 4 hari, balik Ipoh menunaikan tanggungjawab sebagai anak & menantu menziarahi orang tua kat kampung.

~ Khamis, 3 Feb; pagi raya pertama (ehh macam aidilfitri pulak), perjalanan balik Ipoh berjalan lancar walaupun banyak kenderaan.

~ Jumaat, 4 Feb; menziarahi saudara mara sebelah isteri yang sihat mahupun yang sakit di sekitar Sitiawan. Dalam perjalanan balik sempat singgah pantai Teluk Batik bawa anak mandi-manda. Masa nak balik, tersangkut lebih sejam semata-mata nak keluar dari pantai ke simpang kem TLDM Lumut... sampai Ipoh dah malam... adehhhh!


Sabtu, 5 Feb; 5.00 petang balik KL, kalau balik esok mungkin lagi sesak teruk (kononnya). Tapi aku silap perhitungan, bukan sebab matematik aku lemah... tapi mungkin sebab beribu lagi orang yang fikir sama macam aku... perjalanan dari Ipoh ke KL yang biasanya 2-3 jam dah jadi 7 jam... Hiway dan jalan lama sama je sesaknya. Pukul 12.00 malam baru sampai rumah, adehhh! (lagi). Nasib baik esok cuti lagi, kalau tak gerenti ambik MC.

~ Rupanya ramai lagi kawan-kawan yang senasib... banyak update di status Fesbuk masing-masing  yang mengeluh tersangkut dalam perjalanan dari kampung selama berbelas-belas jam, terutamanya dari utara dan timur. Luar biasa sungguh. Gila wehh sorang kawan aku memandu dari Gerik, Perak ke KL selama 11 jam (biasanya 4 jam). Gila wehh (sekali lagi) sorang jiran aku memandu dari Kota Bharu nak balik ke KL selama 18 jam... nak dekat 24 jam dah tu. Banyak juga kereta yang tersadai (kira terkeluar dari perlumbaan lah tu) akibat kehabisan minyak atau kerosakan enjin.

MORALNYA: 

TERIMALAH HAKIKAT MACAM NI LAH MALAYSIA BILA CUTI MUSIM PERAYAAN, SEMUA NAK BALIK KAMPUNG. KALAU TAK NAK TERSANGKUT DALAM KESESAKAN, DUDUK RUMAH DIAM-DIAM LAGI BAGUS! 

15 January, 2011

Along dah sekolah

- Sebelum ni cuma perati kawan-kawan sepejabat ambil cuti pada hari pertama (dan kedua) persekolahan. Kali ni tiba giliran aku pulak (dan biniku juga) merasa nikmatnya menghantar anak masuk sekolah (sessi pagi).

- Nikmatnya tersangkut dalam trafik-jem, nikmatnya bersesak-sesak dengan para mak bapak mendengar taklimat pihak sekolah (sementara anak menduduki ujian diagnostik) dan nikmat juga beratur panjang membayar yuran dan mengambil buku teks...

- Along kemain semangat lagi nak sekolah, sekali kejut je terus bangun gi mandi. Hari pertama lagi dah mula menunjukkan kepoyoannya menyakat bebudak lain. Ini depan aku ni, kalau belakang aku nanti tak tau la camne. Langsung tak macam bapaknya yang pendiam lagi pemalu lagi bersopan santun masa mula-mula masuk sekolah dulu. Eh ye ke?


- Aku rasa sekolah anak aku ni antara yang tersesak di Malaysia ni... darjah 1 je ada 16 kelas dengan hampir 600 orang murid. Hari pertama tu anak aku ditempatkan kat kelas paling hujung sekali (1P). Selepas ujian diagnostik barulah naik sikit ke kelas 1K. Tak kisahlah kelas mana asalkan dia nak belajar dapat juga ilmu. Meluat pulak aku tengok sesetengah mak bapak yang merungut kat cikgu kononnya anak-anak diorang tu tak patut letak kat kelas hujung (rasa anak diorang dah pandai sangat la tu). Bebudak tu baru darjah 1, rilek la beb, kalau betul-betul pandai nanti tahun depan ke naik jugak kelas... cikgu-cikgu tu tau la keje diorang, apa nak pressure sangat???

- Aku dan biniku sudah membahagikan tugas dan meng'ejas jadual masing-masing. Pagi aku hantar Along ke sekolah kebangsaan, biniku hantar adik-adiknya ke taska. Tengahari bini aku jemput dari sekolah kebangsaan, siapkan lunch kemudian petangnya pukul 2.30 pm hantar pulak Along ke sekolah agama. 5.30 pm balik dari kerja terus aku pulak jemput Along dari sekolah agama. Nasib baik tempat kerja bini aku dekat dengan rumah, jimat sikit kos van sekolah / transit kat taska.

- Kenapa baju dan kasut sekolah mesti warna putih??? Sapa la punya idea yang 'bijak laksana' ni? Seksa woi mak bapak nak membasuhnya, tambah pulak budak lelaki lasak yang baru darjah 1, manalah prihatin sangat nak jaga kebersihan. Malah aku rasa bebudak yang dah di Tingkatan 5 pun tak setuju uniform diorang kaler putih. Sesapa yang ada kontek dengan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin tolong sampaikan cadangan aku ni...  (aku serius ni).

Aku rasa dah tiba masanya kita buat perubahan. Malaysia ni kan negara beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Bebudak sekolah mudah berpeluh dan berdaki, lebih teruk lagi debu-debu jalan atau becak bila hujan mudah mengotorkan baju dan kasut. Apa salahnya baju sekolah tu buat warna lain selain putih biar tak nampak kotor sangat, lagi bagus kita buat design baju sekolah baru contohnya menampilkan corak-corak batik biar ada ciri-ciri kemalaysiaan sikit. Kasut tu pulak tukar la warna hitam (tak kisahlah dibuat dari kanvas/pvc/kulit) biar tak nampak kotor sangat dan paling penting mudah dibersihkan. Amacam Tan Sri, bernas tak idea saya ni??? (cheh, macam la dia baca blog picisan aku ni...ngeh3)

- Cukup la setakat ni . Terus terang aku tak mengharapkan anak-anak aku jadi pelajar cemerlang kat sekolah. Aku cuma mendoakan anak-anak aku jadi anak yang soleh dan beriman kepada Allah & Rasul-Nya (secara automatik dia akan berusaha menjadi manusia yang cemerlang dalam hidupnya, mentaati mak bapaknya dan membuat perkara-perkara yang baik sahaja...aamiin)
     
 SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSEKOLAHAN, ALONG!

ENTRI INI DITULIS SETELAH 2 MINGGU PERSEKOLAHAN BERMULA. KONONNYA SIBUK DAN AGAK PENAT NAK MENYESUAIKAN DIRI MENGURUSKAN PERSEKOLAHAN ANAK, SAMPAI TAKDE MASA NAK UPDATE BLOG!

08 January, 2011

Menjejak asal-usul

~ Sabtu, 8 Januari 2011, berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kat kampung atuk sedara aku kat Tangkak, Johor. Aku angkut sekali pak sedara & mak sedara aku menjejaki kampung mereka yang telah berpuluh tahun tak dijejaki. Kami bertolak dari Mentakab selepas Subuh (ikut Triang-Bahau-Gemas-Segamat) dan tiba di Tangkak pada 11 am.

~ Sebenarnya arwah nenek aku (termasuk mak aku & adik beradiknya) berasal dari Johor. Pada tahun 70-an mereka berhijrah ke Pahang sampailah sekarang. Kesempitan hidup dan pertambahan ahli keluarga menyebabkan kebanyakan anak-anak arwah nenek aku tak pernah balik ke kampung kelahiran mereka, yang mana masih ramai lagi waris keturunan mereka di sana. Tu pasal mereka sungguh teruja bila berkesempatan menjenguk kampung kelahiran mereka...terkenang nostalgia lama.


~ Arwah nenek aku ada dua orang adik yang masih hidup, sorang kat Tangkak, Johor (yang ada kenduri tu) dan sorang lagi kat Sg. Rambai, Melaka. Berbeza negeri tapi sebenarnya jarak antara dua kampung tu 5-6 km je. Sempatlah kami pergi kedua-duanya dan dapat beramah mesra dengan kedua-dua orang tua yang dah berumur lebih 80 tahun tu. Anak-anak aku pun masih sempat bertemu dengan moyang saudaranya. Lepas ni ntah bila berjumpa lagi... ntah-ntah tak jumpa dah.

~ Apapun kami pergi balik hari je pasal sorang pak sedara aku tu ada kerja yang tak dapat dielakkan. Perjalanan sehari suntuk dari selepas solat Subuh dan sampai ke rumah tepat jam 12.00 malam membuatkan aku terkapar keletihan.... gila wehh aku drive sorang-sorang!
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...