30 December, 2010

Kucing Peliharaan Sudah Menjelma Menjadi Harimau (Malaysia Juara Piala AFF - Suzuki 2010)

Semua tengah hangat cerita pasal bola sekarang ni. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaysia kerana berjaya membaham Timnas Garuda Indonesia dalam final Piala AFF Suzuki 2010 dengan agregat 4-2. Terima kasih kerana dengan kemenangan mereka menamatkan kemarau 14 tahun, aku dapat cuti 1 hari... tolonglah menanglah selalu!

Seperti biasa bila Malaysia menang piala (biasa la sangat), aku teruja untuk mengarkibkan dalam blog aku ni perjalanan mereka ke final seterusnya menjulang piala.



Group Stage, 1st game: Macam tak boleh pergi jauh je,  awal-awal dah kena belasah 1-5!



2nd game: Seri 0-0, masih ada harapan...



3rd game: Menang 5-1, layak ke separuh akhir. Terima kasih Indonesia kerana menewaskan Thailand.



Semi final 1: Malaysia 2-0 Vietnam



Semi final 2: Vietnam 0-0 Malaysia



Final 1 @ Stadium Bukit Jalil: Malaysia 3-0 Indonesia.



Final 2 @ Gelora Bung Karno: Malaysia de Champion walaupun kalah 1-2...


Fakta-fakta menarik, lawak & bangang sepanjang pertemuan final Malaysia vs Indonesia:

- Macam-macam alasan diberi penyokong Indonesia selepas kalah final pertama 0-3 kat Bukit Jalil. Kebanyakannya menuduh Malaysia main curang (main tipu la tu) dan kemenangan Malaysia tak bermaruah. Antaranya menuduh Malaysia menggunakan laser untuk mengganggu konsentrasi penjaga gol mereka si Markus tu padahal penyokong indon sendiri yang mula dulu melaser masa Malaysia kalah 1-5 di peringkat kumpulan, takde pulak Sharbinee bagi alasan kalah pasal kena laser.  Media Indonesia pun sama bangangnya menuduh Malaysia pakai bomoh dari China, India & Siam (haha lawak khurafat ni!) selain mendakwa gawang Indonesia ditabur serbuk yang menyebabkan badan Markus gatal-gatal (lagi satu tuduhan bangang! Kan ke lepas separuh masa tukar tempat tapi si Apek takde mengadu gatal-gatal pun?)

Owh, Malaysia main curang ya...nah lihat video ni..



sungguh memalukan!
"Indonesia, lu orang tak payah bermegah sangat konon-konon lu orang fair play. Mungkin lu orang dah lupa 'tragedi' yang sangat memalukan dalam sejarah bolasepak dunia masa Indonesia lawan Thailand ketika AFF Piala Tiger 1998 dulu yang mana masing-masing tak nak menang untuk mengelak lawan Vietnam yang masa tu jadi tuan rumah. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0, dua-dua pasukan tak berapa nak main bola.
Separuh masa kedua Indonesia score 2 biji dan Thailand score 2 biji, dua-dua gol sebab pemain pertahanan masing-masing bagi jalan dan berkata, "nah lalu, silalah score". Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri 2-2 di masa kecederaan, tiba-tiba pemain pertahanan Indonesia, Mursyid Effendi datang menyerang dan merembat bola dengan sangat kencang ke dalam gol sendiri. Gua ulang, bukan sepak slow-slow ni derr, rembat padu punya cerita! Pemain Thailand pula cuba mempertahankan pintu gol Indonesia daripada dibolosi pemain Indonesia tu. Hebat sungguh! Siap player Indonesia celebrate lagi gol sendiri mereka tu. Kahkahkah!
Thailand menang lawan Indonesia 3-2 kerana gol tersebut. Pada separuh akhir, Indonesia dapat apa yang mereka nak, mengelak lawan Vietnam dan bertarung dengan Singapura. Thailand pula dengan berat hati terpaksa menentang tuan rumah Vietnam. Balasan tuhan secara tunai, kedua-dua pasukan kalah separuh akhir. Kahkahkah! Sumpah lawak! Gelak la woii!
Penutup cerita, Mursyid Effendi digantung setahun daripada bermain di Liga Indonesia dan tak dapat bermain seumur hidup di peringkat antarabangsa. Jadi, inikah yang mereka bilang bermaruah? Ini pengecut namanya!"
Quote kat atas tu aku copypaste dari SINI

- Belum pernah dalam sejarah dunia, pemain bola terpaksa naik kereta perisai untuk pergi stadium, macam nak pergi medan perang pulak. Itu yang berlaku bila team Harimau Malaya pergi Jakarta. Dah la nak berlatih kat padang pun tak dapat akibat ancaman penunjuk perasaan, terpaksalah berlatih depan hotel. Nampaknya rakyat indon ni kena belajar adab menyambut dan menghormati tetamu, sebagaimana layanan Malaysia kat timnas indon bila datang main kat Malaysia... tenang je takde kacau bilau!

- Mohd Safee Sali yang menjaringkan gol pertama pada final kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol. Pemain Paling Bernilai pula dirangkul kapten Indonesia Firman Utina (walaupun penalti tak masuk)

-  Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menarik ramai peminat baru ke akaun Facebook beliau, juga menempatkannya di kedudukan ke-5 tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter. Malah secara tak langsung mempopularkan awek beliau yang berjari runcing.

- Pemain Manchester United, Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya... "Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki Cup final. I played against Malaysia u23 team 18months ago, quite a good team".

- Banyak lagi la lawak tak bertamadun seperti penyokong indon merusuh pasal berebut nak beli tiket, kisah Julia Perez nak pakai bra laser masuk stadium...dll. Udah le tu,  tak larat nak gelak dah!

APA-APA HAL PUN, TERUSKAN MENGGANAS HARIMAU MALAYA. JANGAN PULA SELEPAS INI KEMBALI MENJADI KUCING PELIHARAAN!




21 December, 2010

Happy 4th Birthday Angah...

sambutan kecil-kecilan je kat rumah
 Selamat harijadi Angah, semoga terus membesar menjadi anak yang sihat, kuat, bijak dan paling penting jadi anak yang soleh... aamiin.

19 December, 2010

Bowling POG @ PTGC

Acara: Kejohanan Bowling Tertutup Pejabat Operasi Gombak

Tarikh: 18 Disember 2010

Lokasi: Perangsang Templer Golf Club, Rawang

Tunjuk gambar je, malas nak cerita pasal aku kalah.. tapi bini aku pulak juara kategori wanita...aaarrrggghh malu2

08 December, 2010

Bandung : Biniku berpoya-poya meninggalkan aku terpinga-pinga

- Selama ni dalam setahun ada juga 3-4 kali aku pergi berpoya-poya 3-4 hari meninggalkan anak bini. Bukan berpoya-poya ke arah kesesatan... cuma melayan balik aktiviti masa bujang dulu... join trip memancing & mendaki gunung. Bukan tak nak bawa anak bini, tapi tempat-tempat yang aku nak pergi tu bukanlah sesuai untuk semua golongan masyarakat... terutama anak-anak aku yang masih kecik lagi tu. Maka tinggallah mereka terkontang kanting bersama ibu mereka...

- Sebagai suami yang adil lagi saksama... maka aku bagi can pulak biniku pergi berpoya-poya dengan geng sepejabatnya ke Bandung dari 4-7 Disember (4H 3M). Eh eh...aku berpoya-poya dalam negeri je... bini aku ni pulak pergi sampai luar negara... ini sudah lebih! Apa-apa hal pun tak kisahlah... hidup berumahtangga ni kenalah bertolak ansur... give & take...

nak order mi bandung & sirap bandung...

- Kali ni, tinggallah anak-anak aku terkontang-kanting bersama bapaknya ini. Baru aku rasa cabarannya menjaga 3 orang anak kecik tanpa isteri di sisi. Mencabar juga rasanya jadi bapa tunggal menguruskan makan pakai berak kencing walaupun cuma 3-4 hari je. Biniku sayang, cepatlah balik!

- Khabarnya biniku & rombongannya hanya banyak melawat tempat2 utk bershopping shj...  (abis, dah pergi dgn kaki shopping), tidaklah sempat   utk melawat tempat tarikan alam semulajadi di sana misalnya Gunung Tangkuban Perahu dan... dan... ehh mana aku tau bukannya aku yg pergi...


menyambut kepulangan ibu
- Hari ke-4, bawa anak-anak ke KLIA untuk menyambut kepulangan ibunya. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...