31 May, 2010

Mencandat Sotong di Terengganu

Catatan pengalaman pertama kali mencandat sotong:
Geng Pencandat POG & POK: Ali, Bazri, Ijad, Ayu, Wani, Hey, Zaty, Khairul, Hairi, Din, Faizal & Ustaz.

Jumaat; 28 Mei 2010.

Konvoi 4 kereta membawa 12 bakal pencandat tiba di Kuala Terengganu lebih kurang 7.30 am, selepas 7-8 jam perjalanan (termasuk berhenti ngeteh, isi minyak, terkencing terberak dsb). Rasa letih dan mengantuk menguasai diri. Singgah sarapan pekena nasi dagang/nasi minyak & keropok lekor...baru segar sikit. Pastu pergi ke tempat penginapan rasmi geng pencandat...rumah member (Peja) kat KT utk berehat. Cuba sedaya upaya utk tidur tapi tak berjaya. Lepas makan tengahari cuba lagi tidur tapi dapat tidur2 ayam je. 4.00 pm; telan pil mabuk Novomin 2 biji...harap2 tak mabuk laut la.



6.00 pm; naik bot dari Jeti Pulau Duyong. Jarak perjalanan kira-kira 5-10 batu nautika dari jeti (lebih kurang 30-45 minit) ke lubuk/kandang sotong. Sampai di lokasi, kelihatan sudah banyak bot nelayan sedang mencandat. Baru je bot parking...Peja...menjadi anak melayu pertama memuntahkan isi perutnya...tahniah. Aku masih steady lagi.


alat candat

Lepas tu masing2 sibuk dgn aktiviti mencandat. Lepas berjaya menaikkan seekor sotong, aku dah mula rasa pening dibuai ombak. Dan akhirnya aku menjadi anak melayu kedua dlm bot tu yg mabuk laut...huhu! Mungkin aku kena makan pil mabuk sepapan baru berkesan agaknya. Sambil terbaring melayan pening, sempat lagi aku menaikkan seekor sotong.



10.00 pm; Sotong2 macam dah kenyang je.. (baru dapat 2 ekor je). Satu hari tak tidur, mata pun dah ngantuk + pening, aku pun terus landing tepi jamban layan tidur.


jamban paling mencabar di dunia... kalau kuda-kuda tak kuat, habislah bersepah!


Sabtu; 29 Mei 2010

4.30 am; Terjaga dari tidur, ada 2-3 orang member masih mencandat. Aku pun sambung mencandat. Lepas naikkan seekor lagi sotong... tinggal aku sorang yg berjaga, sambung tidur balik.

8.00 am; Bertolak balik ke jeti. Hasil tangkapan kurang memuaskan, 12 orang pencandat hanya mampu menaikkan lebih kurang 5kg sotong. Tekong bot sendiri mengakui musim ni sotong agak kurang. Nasib baik juga tekong bot mencandat sama, boleh juga top up hasil tangkapan.

9.30 am; singgah sarapan nasi minyak... rasa pelik juga pagi2 makan nasi minyak.


10.30 am; singgah mandi sungai.

1.00 pm; balik ke tempat penginapan rasmi (rumah Peja)

3.00 pm; makan tengahari kat Manir (rumah Ustaz). Menikmati lauk sotong hasil tangkapan sendiri.

5.00 pm; ronda2 sekitar Masjid Kristal & beli keropok lekor.
 
9.00 pm; BBQ hasil tangkapan sotong & ikan... walaupun rasa macam tak banyak, tapi puas jugalah makan sotong & ikan fresh.



Ahad; 30 Mei 2010.

9.30 am; Acara shopping sakan sebelum balik KL (bagi yg berduit) sekitar Pasar Payang, kilang batik & keropok lekor. Lepas lunch, balik KL. Singgah Kemaman pekena satar. Sampai KL 12.00 am... penat!

 
Info

# Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan candat.

# Acara candat sotong biasanya bermula pada April hingga Julai setiap tahun, manakala perairan Terengganu adalah lokasi tumpuan di mana beberapa lokasi seperti Cendering, Marang, Setiu, Besut, Dungun dan Kemaman dan Kuala Terengganu banyak dipenuhi spesies sotong.

# Waktu terbaik untuk candat sotong ketika mula terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 kilogram hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

# Sejenis alat yang dipanggil candat diperbuat daripada timah untuk menjadi tiruan seperti udang. Jenis lain umpan candat diperbuat daripada plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik pada cahaya.

# Kebiasaannya, candat diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.

# Perbezaan bagi setiap candat ini ialah dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian. Setiap jenis candat mampu menaikkan pelbagai spesies sotong seperti sotong torok, sotong telur, sotong jarum, sotong mengabang, sotong katak dan sebagainya.

# Setiap kali mencandat, lampu akan dihalakan ke arah laut bagi menarik perhatian sotong, manakala candat pula akan dicampak ke dalam air.

# Bagi menarik perhatian sotong, umpan candat perlu digerakkan serta ditarik bagi menarik perhatian sotong seolah-olah umpan itu adalah sumber makanan.

10 May, 2010

Chelsea Juara EPL 2009/2010

EPL musim 2009/2010 dah sampai ke kemuncaknya. Mungkin musim ni antara yg paling sengit hinggakan juara terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir. Setelah 3 musim berturut2 meleleh air liur tengok Manchester United menjulang piala, akhirnya tahun ni juara EPL milik Chelsea.

Tahniahlah Chelsea & penyokong2nya. Tabik juga kpd United kerana memberi saingan hingga perlawanan terakhir. Aku sebagai penyokong tegar United terpaksalah mengakui team Chelsea musim ni memang terrer. United pun terrer gak tapi Chelsea lagi terrer...haha!




kedudukan selepas last game... klik gambar utk 'giant size'

Sekali lagi tahniah Chelsea, lepas ni rasanya takde masalah nak tibai 1 piala lagi...FA Cup. Alah...setakat lwn Portsmouth tu apalah sangat... Kpd. kawan2 penyokong Chelsex, Ahsengal, Spurs, Liverfool... next season kita gaduh lagi ok! Lepas ni kita layan World Cup kat Afrika Selatan la pulak.

09 May, 2010

Selamat Hari Ibu, Mak, Mama, Mummy, Amma, Umi...

Hari ni Hari Ibu. Aku tak berminat sangat nak terlibat dgn benda2 macam ni. Bagi aku kalau nak menghargai jasa ibu biarlah hari-hari, tak perlu khususkan satu hari utk mengenang jasa & pengorbanan seorang ibu. Itu pendapat aku le. Kalau org lain nak sambut pun takde salahnya.

Tapi bila fikir balik... apa yg aku rasa mungkin tak sama dgn apa yg mak aku rasa. Risau gak dia berkecil hati, last2 aku call gak dia utk wish 'Selamat Hari Ibuuuuuu'. ..kui3. Terima kasih mak kerana melahirkan aku. Walaupun mak tak berkesempatan men'ternak' aku sejak kecik sampailah aku dah tua bangka ni... tapi bagi aku mak tetap 'de best mom in the world'.


Ini kad yg dibuat sendiri oleh si Along utk ibunya... projek kat tadika dia la tu. Seminggu sebelum tu dia dah kecoh nak bagi surprise utk ibunya... dan ibunya pun buat2 la terkejut bila dapat kad ni...hehe! Pesanan utk Along: lain kali kalau nak buat surprise jangan kecoh2...bagi je terus... !

08 May, 2010

Family Picnic & BBQ P.O.G @ Hulu Yam

Tarikh: 8 Mei 2010 Lokasi: Hulu Yam Peserta: hampir semua anggota P.O Gombak & kaum kerabatnya Aktiviti: Mandi...BBQ... mandi...makan... mandi...makan... mandi lagi sampai kecut... balik...



Penghargaan dari pengerusi: Terima kasih pada semua yg datang... termasuk mantan pengerusi yg datang dari jauh, syabas kpd AJK K-POG yg bertungkus lumus buat persiapan, dan terima kasih juga kpd yg sponsor menu tambahan. Semoga aktiviti macam ni dapat mengeratkan silaturahim sesama anggota POG serta dapat lebih mengenali ahli keluarga masing2. Ada rezeki kita buat lagi...dah, pengerusi malas cakap banyak dah. Adios!

03 May, 2010

6th B'day Along

1 Mei seperti biasa, satu Malaysia bercuti utk menyambut hari keputeraan anak sulung aku. Macam biasa juga, sambut kecil2an je kat tepi Tasik Shah Alam.

belikan KFC & kek 2 potong sudah...

babai drumstick... rest in peace dlm perut...

dah kenyang, macam2 perangai...

esoknya beli kek ben 10...

tapi tak boleh makan lagi, simpan utk esok...buat muka protes!

satu lagi aksi tunjuk perasaan...

makan dgn kawan2 kat taska...baru meriah...

happy b'day along 


Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...