29 January, 2010

Farewell C.Fiza @ Pizza Hut

Boss kecik aku last day kerja hari ni, upgrade ke jawatan lebih tinggi dan bertukar ke jabatan lain di KL (bakal ditempatkan di Sabah 2-3 bulan lepas tu). Satu farewell party diadakan utk meraikan dia, buat kat pizza hut je. Senang, lepas makan terus blah je, tak payah nak kemas.


Antara boss paling sempoi pernah aku jumpa sepanjang aku bekerja. Kalau dia sesat masuk blog ni, aku ucapkan 'GOOD LUCK BOSS' & '0-0'.

04 January, 2010

Aiman dah sekolah tadika

Selamat tahun baru 2010. Sedar tak sedar anak sulung aku ni dah nak sekolah tadika. Bukan main teruja dia nak sekolah tadika dekat rumah aku. Semangat betul dia bangun pagi ni. Sampai je tadika aku tengok-tengokkan dia sekejap. Pastu dia siap tanya..."bila ayah nak balik???"..

Bagus juga dia takde langsung rasa takut nak sekolah. Takde la aku kena tunggu dia. Seronok katanya dapat kawan-kawan baru. Mungkin dia tak kisah sebab dah biasa aku tinggalkan kat taska, dah biasa bergaul dengan ramai kawan.


Selamat bersekolah Aiman. Belajar rajin-rajin, jangan malas macam ayah..!..huhu...
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...