04 July, 2010

Jalan-jalan Muar - Tangkak - Melaka

Sedikit catatan perjalanan menghadiri kenduri kahwin seorang kawan lama kat Muar... sambil... Cuti-cuti Malaysiaaaaaaaaaaaaaaa.....


3 Julai 2010; Sabtu
 
12.30 pm; sampai Muar

Lepak sekejap makan durian kat Jeti Tanjung Emas... gila nak ngabihkan durian ni...

Ini Ex-classmate masa aku sekolah kat Muar dulu.... lost contact & jumpa semula melalui FB. Selamat Pengantin Baru utk Yuhany & pasangannya... semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat... aamiinn!
 
Lepas makan kenduri, naik atas sikit ke Air Terjun Gunung Ledang, Sagil. Bagi can budak2 tu mandi menyegarkan badan tapi sekejap je pasal hari nak hujan. Kemudian turun balik ke Bandar Tangkak utk bagi can bini aku pulak bershopping sakan kain & langsir.


6.00 pm, patah balik ke arah Muar & ambik simpang kanan menuju Melaka. Nasi minyak yg dimakan dekat kenduri tadi telah selamat dihadamkan, maka perut pun dah lapar balik. Singgah Medan Ikan Bakar Umbai. Menu: siakap stim, pari bakar, sotong goreng tepung, sayur campur. Kos: RM68.00. Licin sampai ke tulang... rugi bayar mahal2 kalau tak habis!

Perut dah kenyang... badan pun dah penat. Baru nak cari tempat penginapan. Hampir sejam lebih berpusing sekitar bandar Melaka mencari hotel tapi semuanya full house (biasalah malam minggu). Inilah akibatnya main redah je. Akhirnya dapat satu bilik hotel bajet kat Melaka Raya. Asal boleh tidur sudah! Anak2 dah tidur, sempat juga layan tengok bola world cup kat lobi hotel, Jerman membelasah Argentina 4-0.

4 Julai 2010, Ahad

Lepas breakfast, terus pergi Menara Taming Sari. Pagi2 ni lengang lagi, nak parking pun senang. - mula2 naik Duck Tours pusing Bandar Melaka & Pulau Melaka kemudian itik kuning ni 'terjun' ke laut pulak dan naik semula ke darat berdekatan Eye on Malaysia seterusnya kembali semula kat depan Menara Taming Sari. Tiket: RM38.00 (dewasa) & RM22.00 (kanak-kanak 3-12 thn). 
 

~ naik Menara Taming Sari. Tiket RM 20 (dewasa) & RM 10 (kanak2). Tunjuk MyKad dapat separuh harga. Kalau nak sewa teropong pun boleh. Tapi rasa macam sekejap je kat atas tu... lebih kurang 5-10 minit je kot.

~ pergi Muzium Maritim pulak (replika kapal Portugis- Flor de la Mar tu). Bergambar lebih kurang. Perut dah lapar. Anak2 ajak makan kat McD. lepas makan terus balik KL. 

No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...