06 June, 2010

Tanjung Harapan @ Tanjung Gila


Ini gambar kat Tanjung Harapan, Port Klang. Juga dikenali sbg Tanjung Gila (ntahapa yg gila aku pun tak tau). Singgah sekejap masa balik dari majlis kenduri kahwin saudara sebelah orang rumah aku. Kali terakhir datang melepak kat sini 3-4 tahun lepas (malam minggu memang meriah). Sekarang banyak juga yg berubah. Dah ada sebijik tongkang terdampar di tepi tebing akibat dihanyutkan arus tsunami (yg tu aku tipu, haha). Tak taulah apa fungsi tongkang ni, mungkin hiasan semata2.


bila la tongkang ni nak jalan... kata angah!

background: budak2 tengah berlatih belayar


Kat sini juga popular dgn Muara Ikan Bakar. Dengar cerita dari kawan2 yg pernah makan kat sini, harga seafoodnya mahal gila. Jadi aku pun takde selera nak pergi, drpd aku bayar mahal beratus2 baik aku pergi pasar beli seafood sendiri, masak sendiri dan makan sendiri lagi puas hati. Info lanjut pergi SINI

No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen... terima kasih.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...