30 December, 2010

Kucing Peliharaan Sudah Menjelma Menjadi Harimau (Malaysia Juara Piala AFF - Suzuki 2010)

Semua tengah hangat cerita pasal bola sekarang ni. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaysia kerana berjaya membaham Timnas Garuda Indonesia dalam final Piala AFF Suzuki 2010 dengan agregat 4-2. Terima kasih kerana dengan kemenangan mereka menamatkan kemarau 14 tahun, aku dapat cuti 1 hari... tolonglah menanglah selalu!

Seperti biasa bila Malaysia menang piala (biasa la sangat), aku teruja untuk mengarkibkan dalam blog aku ni perjalanan mereka ke final seterusnya menjulang piala.



Group Stage, 1st game: Macam tak boleh pergi jauh je,  awal-awal dah kena belasah 1-5!



2nd game: Seri 0-0, masih ada harapan...



3rd game: Menang 5-1, layak ke separuh akhir. Terima kasih Indonesia kerana menewaskan Thailand.



Semi final 1: Malaysia 2-0 Vietnam



Semi final 2: Vietnam 0-0 Malaysia



Final 1 @ Stadium Bukit Jalil: Malaysia 3-0 Indonesia.



Final 2 @ Gelora Bung Karno: Malaysia de Champion walaupun kalah 1-2...


Fakta-fakta menarik, lawak & bangang sepanjang pertemuan final Malaysia vs Indonesia:

- Macam-macam alasan diberi penyokong Indonesia selepas kalah final pertama 0-3 kat Bukit Jalil. Kebanyakannya menuduh Malaysia main curang (main tipu la tu) dan kemenangan Malaysia tak bermaruah. Antaranya menuduh Malaysia menggunakan laser untuk mengganggu konsentrasi penjaga gol mereka si Markus tu padahal penyokong indon sendiri yang mula dulu melaser masa Malaysia kalah 1-5 di peringkat kumpulan, takde pulak Sharbinee bagi alasan kalah pasal kena laser.  Media Indonesia pun sama bangangnya menuduh Malaysia pakai bomoh dari China, India & Siam (haha lawak khurafat ni!) selain mendakwa gawang Indonesia ditabur serbuk yang menyebabkan badan Markus gatal-gatal (lagi satu tuduhan bangang! Kan ke lepas separuh masa tukar tempat tapi si Apek takde mengadu gatal-gatal pun?)

Owh, Malaysia main curang ya...nah lihat video ni..



sungguh memalukan!
"Indonesia, lu orang tak payah bermegah sangat konon-konon lu orang fair play. Mungkin lu orang dah lupa 'tragedi' yang sangat memalukan dalam sejarah bolasepak dunia masa Indonesia lawan Thailand ketika AFF Piala Tiger 1998 dulu yang mana masing-masing tak nak menang untuk mengelak lawan Vietnam yang masa tu jadi tuan rumah. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0, dua-dua pasukan tak berapa nak main bola.
Separuh masa kedua Indonesia score 2 biji dan Thailand score 2 biji, dua-dua gol sebab pemain pertahanan masing-masing bagi jalan dan berkata, "nah lalu, silalah score". Ketika perlawanan seakan berkesudahan seri 2-2 di masa kecederaan, tiba-tiba pemain pertahanan Indonesia, Mursyid Effendi datang menyerang dan merembat bola dengan sangat kencang ke dalam gol sendiri. Gua ulang, bukan sepak slow-slow ni derr, rembat padu punya cerita! Pemain Thailand pula cuba mempertahankan pintu gol Indonesia daripada dibolosi pemain Indonesia tu. Hebat sungguh! Siap player Indonesia celebrate lagi gol sendiri mereka tu. Kahkahkah!
Thailand menang lawan Indonesia 3-2 kerana gol tersebut. Pada separuh akhir, Indonesia dapat apa yang mereka nak, mengelak lawan Vietnam dan bertarung dengan Singapura. Thailand pula dengan berat hati terpaksa menentang tuan rumah Vietnam. Balasan tuhan secara tunai, kedua-dua pasukan kalah separuh akhir. Kahkahkah! Sumpah lawak! Gelak la woii!
Penutup cerita, Mursyid Effendi digantung setahun daripada bermain di Liga Indonesia dan tak dapat bermain seumur hidup di peringkat antarabangsa. Jadi, inikah yang mereka bilang bermaruah? Ini pengecut namanya!"
Quote kat atas tu aku copypaste dari SINI

- Belum pernah dalam sejarah dunia, pemain bola terpaksa naik kereta perisai untuk pergi stadium, macam nak pergi medan perang pulak. Itu yang berlaku bila team Harimau Malaya pergi Jakarta. Dah la nak berlatih kat padang pun tak dapat akibat ancaman penunjuk perasaan, terpaksalah berlatih depan hotel. Nampaknya rakyat indon ni kena belajar adab menyambut dan menghormati tetamu, sebagaimana layanan Malaysia kat timnas indon bila datang main kat Malaysia... tenang je takde kacau bilau!

- Mohd Safee Sali yang menjaringkan gol pertama pada final kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol. Pemain Paling Bernilai pula dirangkul kapten Indonesia Firman Utina (walaupun penalti tak masuk)

-  Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menarik ramai peminat baru ke akaun Facebook beliau, juga menempatkannya di kedudukan ke-5 tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter. Malah secara tak langsung mempopularkan awek beliau yang berjari runcing.

- Pemain Manchester United, Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya... "Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki Cup final. I played against Malaysia u23 team 18months ago, quite a good team".

- Banyak lagi la lawak tak bertamadun seperti penyokong indon merusuh pasal berebut nak beli tiket, kisah Julia Perez nak pakai bra laser masuk stadium...dll. Udah le tu,  tak larat nak gelak dah!

APA-APA HAL PUN, TERUSKAN MENGGANAS HARIMAU MALAYA. JANGAN PULA SELEPAS INI KEMBALI MENJADI KUCING PELIHARAAN!




21 December, 2010

Happy 4th Birthday Angah...

sambutan kecil-kecilan je kat rumah
 Selamat harijadi Angah, semoga terus membesar menjadi anak yang sihat, kuat, bijak dan paling penting jadi anak yang soleh... aamiin.

19 December, 2010

Bowling POG @ PTGC

Acara: Kejohanan Bowling Tertutup Pejabat Operasi Gombak

Tarikh: 18 Disember 2010

Lokasi: Perangsang Templer Golf Club, Rawang

Tunjuk gambar je, malas nak cerita pasal aku kalah.. tapi bini aku pulak juara kategori wanita...aaarrrggghh malu2

08 December, 2010

Bandung : Biniku berpoya-poya meninggalkan aku terpinga-pinga

- Selama ni dalam setahun ada juga 3-4 kali aku pergi berpoya-poya 3-4 hari meninggalkan anak bini. Bukan berpoya-poya ke arah kesesatan... cuma melayan balik aktiviti masa bujang dulu... join trip memancing & mendaki gunung. Bukan tak nak bawa anak bini, tapi tempat-tempat yang aku nak pergi tu bukanlah sesuai untuk semua golongan masyarakat... terutama anak-anak aku yang masih kecik lagi tu. Maka tinggallah mereka terkontang kanting bersama ibu mereka...

- Sebagai suami yang adil lagi saksama... maka aku bagi can pulak biniku pergi berpoya-poya dengan geng sepejabatnya ke Bandung dari 4-7 Disember (4H 3M). Eh eh...aku berpoya-poya dalam negeri je... bini aku ni pulak pergi sampai luar negara... ini sudah lebih! Apa-apa hal pun tak kisahlah... hidup berumahtangga ni kenalah bertolak ansur... give & take...

nak order mi bandung & sirap bandung...

- Kali ni, tinggallah anak-anak aku terkontang-kanting bersama bapaknya ini. Baru aku rasa cabarannya menjaga 3 orang anak kecik tanpa isteri di sisi. Mencabar juga rasanya jadi bapa tunggal menguruskan makan pakai berak kencing walaupun cuma 3-4 hari je. Biniku sayang, cepatlah balik!

- Khabarnya biniku & rombongannya hanya banyak melawat tempat2 utk bershopping shj...  (abis, dah pergi dgn kaki shopping), tidaklah sempat   utk melawat tempat tarikan alam semulajadi di sana misalnya Gunung Tangkuban Perahu dan... dan... ehh mana aku tau bukannya aku yg pergi...


menyambut kepulangan ibu
- Hari ke-4, bawa anak-anak ke KLIA untuk menyambut kepulangan ibunya. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.

20 November, 2010

Aidil Adha @ Kuala Gula Sanctuary Resort

- Cuti panjang sempena Aidiladha, sempatlah bercuti-cuti Malaysia sambil memancing pada raya kedua bersama keluarga sebelah isteri aku kat Kuala Gula Santuary Resort, Perak. Menginap semalaman kat chalet atas air (tebing muara sungai). Kebetulan dapat family room (chalet 2 bilik dengan ruang tamu yang luas), cukup selesa bagi famili aku seramai 10 orang tu. Nak masuk 20 orang pun rasanya boleh muat, bawak je toto tidur reramai kat ruang tamu. Malangnya family room tu ada satu je kat resort ni, kalau nasib baik atau booking awal dapatlah. Dalam bilik air pun ada tab mandi, maka sebab nak mandi sungai tak boleh, aku biarkan anak-anak aku berkubang dalam tab mandi tu puas-puas... lantak koranglah.


gambar yang indah ni dipinjam dari brader Seme

-  Paling best boleh memancing dari balkoni chalet je. Memang best la bagi kaki pancing. Bagi yang tak minat memancing, bolehlah join trip naik bot menyusuri paya bakau sambil tengok spesis burung penghijrah. Kalau tak minat juga... senang cerita tak payahlah datang.

- Aku start memancing petang... malam berhenti sekejap pergi makan seafood yang fresh kat restoran terapung sebelah kawasan resort. Kat tepi restoran tu ada sangkar ikan, boleh pilih nak makan ikan apa (siakap, kerapu, sembilang dll) dan boleh mintak nak masak stail apa... tauke restoran takkan marah asalkan kita bayar. Pastikan pakai seluar panjang lengkap berstokin & berkasut sebab kat bawah meja makan banyak nyamuk... adehhh, tak tenang jiwa aku nak melantak! Kalau tiba-tiba restoran tu bergegar macam nak runtuh, itu tandanya sedang dihentam ombak yang terhasil selepas bot lalu... Jangan panik macam mak mertua aku... hehe!

- Lepas makan, hujan renyai-renyai kadang-kadang lebat, sambung balik memancing sampai pukul 3.00 pagi.Dapat ikan kecik-kecik je... gelama & ikan duri lebih 20 ekor... kalau nasib baik macam jiran chalet sebelah aku, dapatlah menaikkan ikan tuka & sembilang.



Dah malas nak cerita, lagi gambar & info pergi ke page FB Kuala Gula Sanctuary Resort

10 November, 2010

Pesanan Buat Isterilah Pulak...

AKU UPLOAD ENTRI NI PULAK SEBAGAI PERINGATAN UNTUK ISTERI AKU DALAM  PERCUBAAN UNTUK MENJADIKAN DIA ISTERI YANG LEBIH BAIK (WALAUPUN DIA RASA DIA NI DAH BAIK SESANGAT - AYAT KASI PANAS )

Wanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorang isteri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.

Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorang ibu yang hebat. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:


1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.

2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika di belakang suami.

3. Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yg setia.

4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerja dan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.

5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya kerana itu, bagi wanita yg memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.

6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semulajadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan jadi sebagai isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.

7. Satu lagi sikap semulajadi lelaki ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada 1 perkara dalam 1 masa. Jadi, jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan saja akan membuatkan anda kecewa kerana tak mendapat perhatiannya, tapi boleh menimbulkan kemarahan suami.

8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika di luar rumah, suami sentiasa berhadapan dengan wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yang hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yang kurang menyenangkan.

9. Jaga mulut daripada bau-bau yg kurang menyenangkan. Contohnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bagi mereka yang menghadapi masalah mulut berbau. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.

10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Wanita bekerja contohnya, jagalah tingkah laku.

11. Bersyukur di atas apa yang disediakan dan diberikan suami. Jangan suka meminta-minta, apa lagi jika ia di luar kemampuan suami. Dan jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dengan apa yang anda miliki.

12. Dalam apa jua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.

13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yang bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.

14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dalam apa juga situasi. Contohnya, ketika hati suami sedang bercelaru, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dengan senyuman isteri.

15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami sama seperti keluarganya sendiri. Jangan sesekali membeza-bezakan antara keluarga suami dengan keluarga sendiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akan membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.


Sumber: Ntah sapa punya...diambil dari mailbox aku.

Pesanan Buat Suami 

05 November, 2010

Pesanan Buat Suami - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

AKU UPLOAD ENTRI NI SEBAGAI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DALAM  PERCUBAAN UNTUK MENJADI SUAMI YANG LEBIH BAIK (WALAUPUN AKU RASA AKU NI DAH BAIK SESANGAT - AYAT TAKBUR)

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sebaik-baik kalian ialah orang yang baik terhadap keluarganya, dan adalah aku orang yang paling baik kepada keluargaku, tidaklah menghormati kepada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela.

Sumber: FB Sharing

Pesanan Buat Isterilah Pulak

31 October, 2010

Konvokesyen 2010

29-31 Oktober (Jumaat - Ahad); aku terpaksa menghadiri program jabatan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Tapi aku mintak kat urusetia nak balik awal sebab nak menghadiri hari konvokesyen anak sulung aku... konvo tadika je daa... so hari ahad pagi-pagi buta lepas subuh aku berangkat balik.

Acara: Ini tadika sekular, maka acaranya pun acara keduniaan je lah. Dimulakan dgn persembahan tarian setiap kelas yg ada kat tadika tu ,termasuk persembahan si along...owh,ada bakat juga anak aku tu menari, ingatkan dia reti buat tarian mengelupur je. Sambil tu diselangselikan dgn acara  lucky draw, penyampaian sijil, dan diakhiri dgn acara makan-makan beramai-ramai.

suasana sekitar majlis, bunyi bising bukan penghalang utk si kecik tu melelapkan mata...

bersama cikgu2nya...
report card
Tahun depan dah masuk darjah satu...
Terasa cepat sungguh masa berlalu...

10 October, 2010

Suatu hari di Sunway Lagoon

Dah lama tak update blog ni... sibuk dgn kerja, out station sana sini.

Suatu hari cuti, sempatlah kami sekeluarga pergi Sunway Lagoon. Setelah berbelas tahun bermastautin kat area KL/Selangor, inilah pertama kali datang ke sini. Itupun sebab dapat tiket masuk free (abang ipar aku bagi).


Moh kita ramai2 datang ke sini. Boleh cuci mata melihat berbagai spesis manusia yg berpakaian tapi macam telanjang, Kalau berkulit mulus & gebu takpe juga, tapi ramai yg menggeleber & berselulit sana sini...hahaha.

Owh... banyak dosa aku bertambah hari ni.

27 September, 2010

Selamat Jalan Sayang!


Setelah sekian lama sejak perkenalan kita 7 tahun yg lalu, sampailah masanya kita berpisah.

Bukan aku tak sayang, mungkin sudah tertulis jodoh kita setakat ini saja.

Terima kasih kerana sepanjang perhubungan suci kita, kau tak banyak kerenah & tak banyak meragam.

Jasamu akan kukenang sepanjang hidupku.

Semoga kau bertemu tuan baru yg lebih baik dari diriku, harap2 penggantimu pun tak banyak kerenah macam kau!

* Sebuah entri penuh syahdu sempena perpisahan dgn kereta pertamaku... huhu!

22 September, 2010

Beberapa Hari di Hari Raya 2010 + Tragedi Dihempap Pokok

Itulah tajuk lagu raya terbaru dari M.Nasir, setelah menyedari orang kita dah tak raya sehari dua... tapi raya sakan selama sebulan. (sila jangan percaya sebab fakta tu rekaan aku semata-mata).

Ini cerita raya aku...

- Tahun lepas dah beraya kampung isteri aku dulu. Sebagai suami yg adil lagi saksama... maka tahun ni raya kat kampung aku kat Mentakab la pulak.

- Balik kampung sehari sebelum raya, nasib baik jalan clear... mungkin sebab ramai rakyat Terengganu & Kelantan dah balik lebih awal... bagus sebab tak menyusahkan aku!

- Sampai kat kampung tempat aku dibesarkan dah petang, lemang semua dah siap masak... ayam dah siap disiang & dibasuh nak masak rendang malam nanti (semua dah disetelkan oleh bapak-bapak & mak sedara aku), melepak je lah menunggu waktu berbuka.

- Raya pertama... disebabkan jatuh hari Jumaat, maka dua kali lah ke masjid untuk solat sunat raya & solat jumaat. Antara waktu tu lepak kat rumah je melayan kawan-kawan & budak-budak yg datang beraya.


Petang balik pulak ke rumah mak aku kat Bera. Dalam perjalanan berlaku satu tragedi yg hampir menamatkan riwayat aku anak beranak. Angin takde ribut pun takde tapi tiba-tiba sebatang pokok yg boleh tahan besarnya tumbang menghempap kereta aku yg tengah bergerak tu. Tak sempat buat apa-apa tekan brek je dan terhenti kira-kira 10 meter selepas  pokok tu (sambil membawa bersama dahan pokok yg patah tersangkut atas kereta aku).


Nak tambah sedapkan cerita & menambah malang, kat pokok tu pulak ada sarang penyengat... dan masa tu pulak cermin tingkap tak tutup. Kena sengat juga lah anak-anak aku  1 das setiap seorang, manakala bapaknya kena 3 das (err...betul ke penjodoh bilangan yg aku pakai utk kira jumlah sengatan tu?). Meraung-raunglah anak aku pertama kali merasa disengat penyengat.

Nasib baik kereta belakang sempat brek, nasib baik hanya dihempap bahagian hujung pokok dengan ranting & dahan sebesar lengan je... dan nasib baik jugalah cermin depan tak pecah, kereta boleh jalan lagi, cuma pecah bumper, lampu dan kemek sikit kat bahagian pintu, bumbung & bonet depan.... alhamdulillah panjang lagi umur aku anak beranak... mesti DIA nak beri peringatan la tu.

ooppss...berhenti kejap ambik gambar... tadi tengah blur lupa nak ambik gambar kereta

- Lepas tu cerita raya aku biasa-biasa saja. Tidur rumah mak aku dua malam. Raya ke-3 balik semula ke kampung aku. Raya ke-4 balik Ipoh pulak kampung bini aku, dalam perjalanan tu sempatlah singgah beraya kat rumah abah & makcik aku.

percaya tak, dalam keadaan kereta yg ghompong ( bermaksud rongak dalam dialek Pahang) macam ni...
selamba je aku drive dari Mentakab ke Ipoh, cuma gantung no. plate je... haha...

- Lepak Ipoh 4 hari 3 malam, tapi aku langsung takde beraya ke rumah sedara-mara/kawan-kawan, sebaliknya sibuk menziarahi kedai spare part, kedai potong & kedai aksesori kereta sekitar Ipoh dalam usaha untuk cuba mengembalikan rupa paras kereta buruk aku yg dah tak berapa hensem tu.

Sekian adanya.

19 September, 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarham M.Rajoli


Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun...

Pelakon veteran versatile berusia 65 tahun, M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada pukul 10.45 malam (17 September 2010)

Aku bukanlah peminat arwah... tapi ada sesuatu yg menarik arwah tinggalkan untuk kita yang masih hidup ni menghayatinya...  dan memang pun bacaan talkin tu sebenarnya untuk orang yg masih hidup mengambil pengajaran... yg dah mati tu nak diajar apa lagi...dah terlambat dah...



* Video di atas adalah babak bacaan Talqin oleh arwah sewaktu berlakon di dalam filem Esok Untuk Siapa puluhan tahun yang lepas (ketika masih muda, hensem dan sihat lagi).

Al-Fatihah kepada Allahyarham dan salam Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin!

04 September, 2010

Majlis Berbuka P.O.G @ Aroma Ikan Bakar Jeram & Selamat Hari Lahir Isteriku

- Kali kedua dalam bulan Ramadhan ni berbuka puasa kat Medan Ikan Bakar Aroma, Pantai Jeram, Kuala Selangor (nama je pantai tapi takde sapa nak mandi kat sini, air berselut & berlumpur). Apa2hal, masakan kat sini memang marvellous! Datang & rasa sendiri laa. (aku promote sambil mengharap tauke Aroma terbaca lalu aku boleh makan free lain kali, haha)


- Sebelum ni berbuka dgn geng ofis bini aku (free). Kali ni dgn geng ofis aku pulak (keluar duit sendiri). Huhu! Kebetulan pulak hari ni b'day bini aku, maka lepas berbuka sempat la potong kek.

- Selamat hari lahir biniku, semoga sihat selalu, panjang umur, murah rezeki lalu terus berbahagia bersama lakimu & anak-anakmu!

Itu saja, bulan puasa kurangkan mencarut!

01 September, 2010

Harapan Ramadhan 2010


- Berbanding dgn lagu raya yg berlambak2... rasanya inilah satu2nya lagu Ramadhan yg mantop lagi syahdu. Maka terpaksalah  aku layan lagu ni je setiap Ramadhan sambil mengharapkan lirik lagu ni memberi keinsafan dan menghilangkan sikit sifat2 kesyaitanan dan kejembalangan dlm diri aku.

- Satu perubahan drastik bermula 1 Ramadhan ni adalah... aku berazam nak membina 'rumah baru' dan aku berjaya mendirikan 'tiang-tiang' yg WAJIB didirikan tanpa meninggalkan sebatang 'tiang' pun (walaupun 'tiang' tu tak seteguh mana). Sebelum ni (dah lama sangat sebenornya) 'tiang-tiang' tu selalu diabaikan dan dah hampir reput dimamah anai-anai. Alang-alang dah dapat hidayah ni harap-harap dapatlah diteruskan selepas Ramadhan ni.

- Apapun setakat hari ni (22 Ramadhan), 'tiang-tiang' yg SUNAT didirikan sempena Ramadhan ni baru 2-3 batang je aku mampu pacakkan. Takpe...aku concentrate yg wajib dulu. Ada yg tak paham tiang apa? Adehhh...sila hantukkan kepala korang ke dinding semoga dapat ilham lepas tu.

- Aku cerita kejayaan aku ni bukan sebab nak tunjuk bagus, cuma mengharapkan sesiapa saja yang sampai ke blog aku ni terutama kawan-kawan aku yg dah jauh sesat dan lalai tu, marilah bersama-sama aku buat 'rumah baru' dan kita mulakan dgn mendirikan 'tiang'nya dulu... dan tolong jangan suspek aku dah buang tabiat ke hapa. Kita sama-sama tak perfect tapi tak salah saling ingat mengingati.

Habis cerita pasal tiang!


- Ramadhan tahun ni banyak kali juga aku sekeluarga berbuka kat luar tanpa mengeluarkan sebarang belanja kecuali duit minyak & tol. Bini aku kerja dgn syarikat pemaju perumahan maka selalulah staff syarikat tu dibelanja berbuka puasa oleh supplier, sub-contractor & consultant yg biasa berurusan dgn syarikat tu. Sebagai suami  mithali maka aku sentiasa rela menemani biniku melahap & melantak hidangan buffet mahupun alacarte antaranya di Club House, PJ Hilton, Aroma Ikan Bakar di Jeram dan D'Chiengmai Sungai Buloh. Beberapa jemputan berbuka lain terutama di hotel area KL terpaksa dihampakan kerana malas nak pergi area KL dan juga sebab si Along membebel rindukan masakan air tangan ibunya... hehe.

 
- Bazar Ramadhan? Ada la 4-5 kali beli makanan & air kat bazar Ramadhan (sekadar nak bertukar selera). Selebihnya bini aku masak sendiri.

- Alhamdulillah, anak sulung aku yg umur 6 tahun tu dah mula belajar berpuasa tahun ni. Mula-mula setengah hari, lepas hari kelima dia dah berjaya puasa penuh walaupun aku tak bertegas sangat suruh dia puasa penuh. (almaklumlah baru nak belajar puasa). Setakat hari ni ada la 2-3 kali tinggal puasa, itupun sebab tak tahan dahaga sebab cuaca panas sangat agaknya dan mungkin juga sebab tak tahan digoda oleh adiknya yg makan minum dgn rakusnya depan dia.

- Baju raya? Semua kaum Adam dalam rumah aku hanya pakai baju melayu raya tahun lepas je. Masih muat lagi untuk anak-anak bujang aku dan masih hensem lagi untuk aku. Cuma belikan 2-3 helai t-shirt baru je untuk diorang & bapaknya juga. Kaum Hawa pulak, sentiasa akan rasa gatal-gatal seluruh badan kalau pakai baju lama (agaknya) maka nak juga beli baju baru. Ooppss... raya tahun ni aku dah ada anak dara rupanya... aku belikan la sepasang baju kurung biru supaya menepati warna tema raya tahun lepas tu...hehe.

- Kuih raya? Dikelilingi oleh kawan-kawan dan jiran-jiran yg bisnes kuih raya (di pejabat aku, pejabat bini aku & jiran-jiran kat rumah aku) maka banyak jugalah menempah kuih raya & kerepek untuk jaga hati kawan-kawan dan menjaga silaturrahim sesama insan... hehe! Aku risau tak terhabis pulak nanti... boleh buat stok sampai raya Deepavali pulak nanti.

- Cuti raya? Ofis aku dan ofis bini aku sepakat untuk memberi cuti raya selama 11 hari untuk kami raya sakan.... yabedabeduuuu! Kepada sesiapa yg tak boleh cuti raya lelama, aku akhiri dgn ucapan..."jangan jeles!"

19 August, 2010

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

Entri ini untuk peringatan kepada diri sendiri... dan sesiapa juga yang sanggup membuka hatinya untuk diperingatkan!

“Wahai manusia,
sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.




Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia,
barangsiapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
(Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan khotbahnya, “Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.”)

Wahai manusia,
siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, ia akan berhasil melewati Sirathal Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.”

(Aku –Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadits ini– berdiri dan berkata, “Ya Rasulullah, apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Ya Abal Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.)

Sumber dari inbox email aku.

11 August, 2010

Gelagat lelaki Muslim yang baligh, berakal dan tidak uzur tapi tak reti-reti nak puasa di bulan Ramadhan!

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kpd sesiapa yg sesat ke sini.

(Biasanya sempena menyambut Ramadhan, orang tulis yg baik-baik je...tapi aku nak tulis cerita yg buruk-buruk je...tapi di sebalik setiap keburukan tu pasti ada pengajarannya kan???)

Panjang juga tajuk kali ni...kalau korang perasan lengkap dengan syarat wajib puasa tu. Kenapa la agaknya mereka ni tak puasa? Lu pikir la sendiri...masing-masing dah besar panjang. Aku cuma nak kongsikan gelagat mereka yang tak puasa tu, sekadar untuk renungan kita bersama.

  • Bila dah tak puasa, mana nak cari makan? Kalau kat rumah, selain dari selongkar nasi sejuk + lauk semalam,  dah tentu la masak sendiri... Apa saja yang ada, maggi pun bolehlah, tak pun masak nasik goreng bodo je. Kalau ditanya konon nak masak untuk berbuka puasa. Woi mamat, apa ke jadah pukul 12.00 tengahari masak untuk berbuka?
  • Kalau kat luar, dah tentu kedai mamak la yang dicari. Ada yg pasang runner dari golongan awek atau kawan yg non muslim...Ada juga yg jenis selamba gi beli sendiri. Berani-berani takut tapi selamba je tapau nasi + lauk kari, takde kemaluan betul. Nak cover line bungkus dalam plastik hitam. Kalau tak nak lama-lama, minta nombor telefon mamak, order dulu ...mamak siapkan...sampai kedai terus bayar. Kedai mamak ni pun satu celaka, siang hari bulan puasa pun buka kedai (kebanyakannya), maka bertambah galaklah kaki ponteng puasa. Kadang-kadang pintu depan ada tutup, pintu belakang ada buka juga (baca ikut slang mamak).
  • Kalau tak kedai mamak, kedai runcit/kedai serbaneka juga jadi pilihan. Dengan muka tak malu sambar saja roti/pizza/bun dengan air kotak. Bila nak bayar, tauke kedai/cashier pun tersenyum-senyum...apahal? Oops lupa, tambah pulak rokok sekotak. Sesetengah kaki ponteng puasa tak kisah sangat pasal makan, tapi tak dapat pekena rokok yang diorang tak boleh tahan... boleh menggigil satu badan...
  • Makanan dah ada tapi nak makan kat mana??? Ada yang tapau makan kat rumah (siap berjemaah dgn kawan2 lagi... sepakat betul setan2 ni). Ada yang cari port tersorok di tempat kerja. Ada yang makan dalam kereta sama ada kat tempat parking atau makan sambil memandu. Ada yang cover line makan kat restoran cina. Ada yang makan dalam semak. Ada yg makan kat pusat snooker, kedai mesin judi, mahupun kat kolam pancing. Paling busuk sekali ada juga yang tergamak makan dalam jamban. Puih! Ni mesti teringat zaman sekolah dulu, ponteng puasa minum air paip dlm jamban.
  • Tanda2 kantoi: Kalau tadinya lemah longlai, tiba2 mamat ni segar bugar semacam je... Lalu je mamat ni ada bau rokok... atau bau kari mamak... atau ada bau petai...kalau bercakap terselit pulak cebisan cili celah gigi...... heheh... confirm tak pose! 
  • Alasan bila terkantoi/tertangkap: sebab2 kesihatan (gastrik la paling popular), kena makan ubat, pagi tadi tak sempat sahur, beli makanan utk anak (siap bawa anak gi beli makanan...padahal bapaknya yg melantak), beli makanan utk org sakit... kerja berat... dan macam2 alasan lagilah (org tak puasa ni memang kreatif lagi inovatif mencipta alasan)

Cukuplah setakat tu! Lagi banyak aku tulis, lagi banyak aku mengarut & mencarut nanti...dan lagi kurang pahala puasa aku.

Penulisan ini adalah hasil pemerhatian & sedikit pengalaman sendiri penulis yg bergelar alibukansetan ini, yg suatu masa dulu juga pernah berperangai macam setan dan berkawan dgn setan, tapi kini sedang cuba berubah menjauhi setan & the geng, baik yg berbentuk setan (macamlah aku pernah jumpa) mahupun yg berbentuk manusia. A'uzubillahi minasy syaithoonir rojiim...


Selamat Berpuasa kpd semua umat Islam.... dan selamatlah puasa aku hendaknya. 



DOWNLOAD RAMADHAN HANDBOOK (PANDUAN IBADAH PUASA)


31 July, 2010

Sesat dalam cahaya di i-City, Shah Alam

Tajuk macam gempak!

Sebenarnya takde la sesat pun. Petang tadi lepas shopping barang dapur kat Giant Shah Alam, termelencong pulak ke i-City, Shah Alam ni. Selalu lalu lalang area ni nampak signboard i-City tapi tak tergerak pun nak pergi. Ntah macam mana hari ni tergerak pulak nak singgah.

Apakejadahnya i-City ni? Senang cerita, i-City ni merupakan sebuah projek pembangunan pusat perdagangan  baru, yg khabarnya akan dilengkapi kemudahan teknologi paling canggih. Walaupun belum siap sepenuhnya, salah satu cara nak mempromosi kewujudan tempat ni adalah dgn membina pokok dengan lampu2 hiasan berwarna-warni di sekitar bangunan2 yg dah siap di sana.

Malas nak cerita banyak, layan je lah gambar2 ni!



Fakta:
- itu bukan pokok betul... tapi diperbuat dari plastik dan dipasang lampu LED.
- bersiap sedia menghadapi jalan jammed, mat bangla jaga parking kata, tiap2 malam jammed.
- bayaran masuk, aku kena RM10 satu kereta.
- gambar tak berapa terang...pakai kamera handphone je, suasana di lokasi sebenar lebih cantik.
- TAK PERCAYA??? PERGI & TENGOK SENDIRI!

25 July, 2010

Reunion SMDB @ Cherating

Bermula dgn berjumpa semula dlm FB... beberapa org bekas2 pelajar tua SMDB merancang reunion kat Holiday Villa Beach Resort, Cherating ... setelah lebih 18 tahun meninggalkan SMDB.


Sabtu, 24 Julai 2010


9.00am, bertolak dari rumah aku kat Sg Buloh. Singgah kampung jap nak ambik anak2 arwah Achik. Kesian budak2 tu takde sapa nak bawak jalan. Sumbat je lah dlm kereta buruk aku tu. Time2 macam ni lah rasa macam nak pakai MPV je, boleh sumbat ramai sikit. Tapi buat masa ni kereta buruk tu je la yg aku mampu... huhu.


Kebetulan sekarang musim buah... durian gugur ada le 4-5 biji... rambutan baru nak mencelah... yg banyak manggis & dokong. Ambik banyak sikit boleh makan reramai kat resort nanti. Lepas zohor, bertolak ke Cherating.

3.30 pm, sampai kat resort, check in bilik. Kedudukan bilik betul2 kat tepi kolam... perghh...memang strategik betul, tempat pun cantik. Letak je beg... anak2 terus nak terjun kolam... Nak tak nak aku pun terpaksalah (tapi rela) terjun kolam gak melayan diorang. Nasib baik ada geng di kalangan kaum bapak yg mandi sama sambil melayan kerenah anak masing2. Kaum ibu pulak lepak tepi kolam je (takde lain mesti bergossip la tu) sambil melantak buah2 yg aku bawak tadi. Dah nak maghrib, barulah budak2 ni nak naik dari kolam ( tu pun ntah berapa kali suruh). Memang hantu air betul budak2 ni....


8.45 pm, dinner. Sebelum tu di'surprisekan dgn acara potong kek sempena b'day aku & sorang lagi kawan. Rasa agak terharu bercampur geli sebab dah tua2 bangka ni pun kena tiup lilin kek bsday...haha! Apapun terima kasih bebanyak la pd yg sudi meraikan & sponsor kek. Lepas tu acara yg ditunggu2... makan time! Melayan nafsu setan melantak semua menu yg ada. Pedulik hapa gua bayar beb!


Lepas makan, buat meeting sekejap membincangkan lokasi next reunion (nak buat tiap2 tahun pulak dahh). Lepas tu bersembang & bergelak sakan sampai pagi... almaklumlah ada yg dah berbelas tahun tak pernah jumpa. Kebanyakan yg datang kali ni pernah duduk asrama, so hubungan diorang lebih rapat & lebih banyak berkongsi kenangan pahit manis masin payau, tu yg buat gamat tu. Aku yg duk luar ni nyampuk sikit2 je la. First reunion ni hanya 12 keluarga je yg dapat datang... yg lain ada la alasan & hal masing2.


Ahad, 25 Julai 2010

Lepas b/fast, bawak budak2 mandi laut sekejap. Lepas tu diorang macam tak berminat dah... mandi kolam balik sampai 11.30. Berkemas utk check out. Balik singgah Kuantan, lunch kat KFC je & lepak Teluk Cempedak jap. Lepas tu terus balik, singgah kampung hantar anak2 arwah Achik. Sempat lagi memenuhkan bonet kereta dgn buah2 cempedak, rambutan, manggis & dokong. Sampai rumah 9.30 pm.

Ini pulak cupcake yg bini aku tempah dari member ofis dia... tengkiu3

14 July, 2010

Hikayat seorang pemain bolasepak amatur yg nampak macam terrer tapi tak terrer mana!

Aku seorang pencinta bolasepak. Aku suka main bola (walaupun tak seterrer mana) ...dan aku suka tengok orang main bola (sama ada kat tv, padang mahupun kat stadium). Jadi aku nak cerita sikit pasal penglibatan aku dlm arena bola ni.


Zaman sekolah rendah:
Zaman budak2 memang zaman bermain. Sehari tak main bola rasa macam boleh hilang akal dibuatnya. Maka boleh dikatakan hari2 aku main bola kat kampung, termasuklah masa bulan puasa (aku tak ingat masa tu aku puasa ke tak). Pernah juga mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah.

Zaman sekolah menengah:
Semua jenis sukan & aktiviti kat sekolah aku tak join. Petang2 aku kerja part time mana ada masa nak join aktiviti sekolah. Main bola pun cuma masa PJ je. Cuma aktif kat peringkat kampung dgn mewakili team bola kampung aku dlm perlawanan persahabatan dan masuk pertandingan lawan team kampung lain. Zaman ni aku biasanya main sebagai striker/midfield.

Zaman dah kerja: Sejak kerja di sebuah jabatan kerajaan, barulah aktif sikit. Main utk team ofis aku dlm perlawanan2 persahabatan & masuk beberapa pertandingan. Zaman ni posisi aku dah bertukar jadi pemain pertahanan. Mulai tahun 2000, aku mula mencatat segala aktiviti aku (termasuk main bola) dlm sebuah buku catatan. Dan memandangkan buku tu dah nak lunyai...maka aku transfer'kan ke blog ni perlawanan2 yang aku main tu:

gambar masa bila aku pun dah tak ingat...

1999
Satu sejarah hitam tercatat dlm perlawanan liga MAKSWIP kat Kompleks Sukan Kg Pandan (tak ingat tarikh & tak ingat lawan team mana). Game dah nak mula, tapi beberapa pemain tak sampai lagi. Perlawanan dimulakan dgn tak cukup seorang pemain dan coach terpaksa main. Masa rehat, coach meluahkan kemarahannya kpd pemain2 yg baru sampai. Lepas game, coach tiba2 mendapat serangan jantung lalu meninggal di hospital. Agak mengejutkan sebab coach seorang yg aktif dan tiada tanda2 mengidap sakit jantung (disahkan oleh isteri arwah). Innalillah...


masa main kat Terengganu tahun 1999

2000
2-4 Mac; Mewakili team jabatan aku (Statistik FC) masuk pertandingan bolasepak 9-sebelah anjuran Majlis Kebajikan & Sukan Anggota2 Kerajaan W.Persekutuan (MAKSWIP) yg diadakan di Kangar, Perlis. Semua pemain naik 2 van jabatan, bertolak pagi2, singgah lepak rumah sorang pemain kat Yan, Kedah. Sampai Kangar 7.00 pm. Menginap kat Hotel Putra Palace.

sebelum bertolak, siap ada majlis pelepasan lagi...

team yg nampak macam bagus bergambar depan hotel penginapan rasmi

Pagi esoknya, perasmian pertandingan oleh Dato' Aseh Che Mat kat hotel. Lepas tu main kat padang Majlis Perbandaran Kangar (MPK), dijalankan secara liga. Aku main centreback. Keputusannya; Lwn Hospital K.Lumpur-HKL (kalah 0-2), lwn Majlis Sukan Negara-MSN (seri 0-0) & lwn Jabatan Tanah & Galian (kalah lagi 0-1)...hahaha tak kuatnya team aku, sebijik pun tak dpt score... striker tumpul habis. Sangkut setakat peringkat kumpulan je laa.

Sebab dah bungkus awal2...maka banyaklah masa terluang. Petang ronda2 ke Padang Besar, balik hotel mandi kolam renang puas2, malamnya pulak gi pekena pasembor & laksa kat Kuala Perlis. Pagi2 esok dah kena balik KL.

4 April; Friendly match kat Padang Angkasapuri: Statistik FC 2-4 RTM.

17 April; Friendly match kat Stadium Raja Muda: Statistik FC 0-2 Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)

25 April 2000; Friendly match kat Padang Sekolah Aminuddin Baki, Kg Pandan: Statistik FC 2-4 Dravidians FC. Aku score sebijik gol kedua.

21 Mei; Pertandingan 9-sebelah antara sektor(dept.) ofis aku:
Sektor Penyelarasan & Sokongan 3-0 Sektor Tenaga Manusia & Harga
Sektor Penyelarasan & Sokongan 1-0 Sektor Gunasama
Sektor Penyelarasan & Sokongan 1-0 Sektor Perdagangan & Peridustrian
Final: Sektor Penyelarasan & Sokongan 4-0 Sektor Gunasama
We are the Champion!

team champion ni...

22 Mei; Penat main 9-side semalam tak habis lagi. Hari ni main bola lagi, Liga MAKSWIP kat Padang HKL. Statistik FC 2-3 Kementerian Pendidikan. Hari ni ntahapa sueynya; 1st gol pihak lawan aku score gol sendiri, 2nd gol diorang aku bagi penalti, lepas tu kena kad kuning pulak. Tak best betoi jadi punca kekalahan ni..huhu!

20 Jun; Liga MAKSWIP kat Padang HKL lwn Universiti Malaya. Lepas game hari tu, dah sebulan tak training...pancit ooo! Ambik kau kena belasah 1-7... huhu!

11 Ogos; Friendly match main dgn team hostel aku: Kompleks Belia Bandaraya 0-2 Alam Flora.

29 Sept; Friendly match kat Padang UM; Statistik Selangor 0-1 Statistik WPKL.

6 Okt; Friendly match kat Padang INTAN Bukit Kiara: Statistik FC 4-2 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

3 Nov; Friendly Match kat Pdg Kompleks Sukan Kg Pandan: Statistik FC 12-0 Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan. Best sungguh rasanya membelasah orang.


2001

2 Feb; Friendly match: Statistik FC 1-2 Affin Bank

5 April; Friendly match kat Pdg Maktab Teknik Cheras. Main dgn team member: Keramat FC 5-3 Hospital UKM

8 April; Friendly match kat Pdg Imbi. Main dgn member2 sekampung yg kerja kat KL lwn team Restoren Piccolo Mondo. Main striker, score 2 bijik...menang 6-1.

29 April; Pertandingan 9-side kat Flat Seri Melaka, Cheras. Format kalah mati. 1st game lawan team Flat Seri Sabah. Seri 0-0...kalah penalti...out! Ni la yg tak bestnya format kalah mati ni, kalau kalah memang terus mati punya!

23 Jun; Friendly match kat Pdg Sri Rampai, Wangsa Maju: Statistik FC 4-0 Jabatan Pertahanan Awam (JPA-3)
 

30 Jun; Pertandingan 9-side antara sektor (dept.) ofis aku. Tahun ni main utk sektor Tenaga Manusia & Harga (STMH).
STMH 1-0 Sek. Gunasama
Final: STMH 7-0 Sek. Perdagangan & Industri
We are the Champion!

19 Ogos; Friendly match kat Pdg JKR Cheras: Keramat FC 4-4 Setapak FC. Kena kad kuning.

2002

23 Mac; Friendly match dgn team member aku. Setapak FC 0-1 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. 

Jun-Julai; takde game... sibuk tengok World Cup Japan/Korea.

19-20 Julai; Sukan antara zon Statistik kat Pusat Latihan BSN, Bangi. Main utk Zon Tengah. Peringkat kumpulan, lwn Zon Selatan kalah 0-4. 2nd game lwn Zon Timur kalah lagi 1-2. Out!

20-21 Sept; Bertolak ke Kangar, Perlis utk menyertai pertandingan bolasepak 9-sebelah Piala Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Keputusan peringkat kumpulan:
Statistik FC 1-1 Pegawai Keselamatan Negara (KPKN)
Statistik FC 0-0 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Statistik FC 1-0 Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
 Semi Final: Statistik FC 1-0 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
 Final: Statistik FC 0-1 Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK)
 Lepas dinner & majlis penyampaian hadiah, terus balik KL.

2003

29 Jan; Friendly match kat Pdg UPM Serdang. Statistik FC vs Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), menang 3-2.

6 Mac; Friendly match kat Pdg UPM Serdang. Statistik FC 1-3 Jabatan Peguam Negara.

12 Mac; Friendly match, Statistik FC 0-4 Jab. Perkhidmatan Awam (JPA)

13 Mac; Friendly match, Statistik FC 0-3 S/jaya Pilihanraya (SPR)

8 April; Liga Putrajaya, Statistik FC 0-5 Jab.Perkhidmatan Awam (JPA)

14 April; Liga Putrajaya, Statistik FC 0-2 Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar (MOSTE). Adehhh... tak larat dah aku... semenjak 2 menjak ni manjang kena belasah je...huhu!

Mei-Ogos; Tak main apa2 game. Sibuk menguruskan persiapan kahwin dan kemudian menikmati alam perkahwinan...haha.

3 Sept; Friendly match, Statistik Selangor FC 1-0 Statistik WPKL FC

26 Sept; Friendly match kat Pdg Mardi, UPM. Statistik Selangor FC 2-2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

2 Okt; Friendly match kat Subang Hitech, Statistik Selangor FC 1-3 Kilang Chunghwa Picture Tubes.



2004

8 Mac; Friendly match(replay), Statistik Selangor FC 0-2 Kilang Chunghwa Picture Tubes. Dah lama berehat, pancit gila.

29 Mei; Friendly match kat Pdg JKR Sek. 17 Shah Alam. Statistik Selangor FC 0-4 UMW Toyota FC

10 Jun; Friendly match, Statistik Selangor FC 1-1 Polis SMS TTDI Jaya.

17 Jun; Friendly match, Statistik Selangor FC 0-1 Kilang MPE FC

1 Ogos; Friendly match kat Pdg Mardi, UPM. Statistik Selangor FC 2-0 Statistik HQ Putrajaya

18 Sept; Sukan Dalaman Statistik Selangor. 4 pasukan dibahagikan mengikut warna (macam sukan kat sekolah daa...) Acara bolasepak 9-sebelah, aku main utk team rumah Biru.
Biru 2-0 Kuning
Merah 3-2 Hijau
Final: Biru 2-2 Merah. Aku score 2 gol penyamaan & menang penalti. Champion!

29 Sept; Friendly match kat Pdg Perindu UITM. Statistik Selangor FC 0-2 UITM

12 Okt; Friendly match kat Pdg Delima UITM. Statistik Selangor FC 1-5 Staff UITM... owh.. 'nikmatnya' kena belasah! Seperti biasa, start puasa sampai lepas raya...berehat panjang. Buka buku baru tahun depan pulak.


2005

10 Jan; Friendly match kat Pdg Telekom Sek. 17 Shah Alam. Statistik Selangor FC 4-3 Statistik HQ Putrajaya

7 Mac; Friendly match, Statistik Selangor FC 4-1 Staff Banci Pertanian

20 Mac; Kejohanan 9-sebelah Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) kat Pdg SUK Shah Alam. Satu kumpulan 6 pasukan, 5 perlawanan:

Statistik Selangor FC 0-1 Sri Tanjung FC
Statistik Selangor FC 1-0 F4 FC
Statistik Selangor FC 0-0 Salak FC
Statistik Selangor FC 0-0 Port Klang FC
Statistik Selangor FC 1-0 Padang Jawa FC 'A'
Tak layak ke suku akhir...

4 April; Friendly match, Statistik Selangor FC 4-3 Seksyen6 FC

Mei-Disember; Masuk umur 30, berehat panjang... lutut & buku lali rasa dah meletup2 kalau menyepak bola. Pergerakan pun dah makin slow, dah tak larat bersaing dgn budak2 yg lebih muda. Masa untuk bersara!



2006

3 Mac; setelah setahun berehat (last main bulan April tahun lepas), kaki dah rasa gatal2 nak menyepak... join balik team bola ofis aku. Tapi untuk permulaan ni lebih sebagai supersub je la... 2nd half lagi 10-15 minit nak habis, baru aku masuk... haha! Friendly match, Statistik Selangor FC 0-2 Kilang Hokushin FC Shah Alam

16 Mac; Friendly match; Statistik Selangor FC 0-3 Kilang Polymatech FC, Shah Alam

22 Mac; Friendly match; Statistik Selangor FC 6-2 Kilang MPE FC, Shah Alam

29 Mac; Friendly match; Statistik Selangor FC 1-2 MAS Engineering FC (bulan Mac ni diorang gila sikit, tiap2 minggu ada game)

13 April; Friendly match; Statistik Selangor FC 1-1 Statistik HQ Putrajaya, game yg agak tegang dan aku di'anugerahkan' kad kuning. 

18 April; Repeat friendly match lawan Kilang Hokushin FC, menang pulak 2-1

27 April; Friendly match; Statistik Selangor FC 1-2 Jabatan Pertanian Neg. Selangor. Aku menjadi punca kekalahan sebab gol kedua pihak lawan, aku bagi penalti & kena kad kuning lagi... huhu

18 Mei; Friendly match kat Pdg RRIM Sg Buloh; Statistik Selangor FC 3-1 MAS Hangar FC

31 Mei; MAS Hangar tak puas hati, ajak repeat kat tempat yg sama... nak jaga hati diorang, kitorang buat2 kalah pulak 0-2 (kununnya) haha!

10 Ogos; Friendly match; Statistik Selangor FC 1-0 RRIM Sg Buloh. Aku masuk 2nd half sebagai striker supersub. Game yg paling diingati kerana gol tunggal kemenangan tu hasil jaringan... aku! hohoho...

17 Ogos; Friendly match; Statistik Selangor FC 1-2 Jabatan Penerbangan Awam, Subang.

24 Ogos; Friendly match; Statistik Selangor FC 2-4 Kilang Hokushin FC. Tahun ni dah 3 kali lawan kilang ni. Apasal selalu lawan Hokushin? Mungkin sebab diorang ada padang sendiri, jadi kitorang tak payah bayar sewa padang...haha!

27 Ogos; Pertandingan Futsal Inter-dept Statistik. Main 6 game menang semua. We are de Champion!

Ada satu game lagi dlm tahun ni aku tak ingat tarikh. Lawan team ofis bini aku, Glomac. Menang besar 8-2.


2007

29 Jan; Friendly match; Statistik Selangor FC 4-3 Kilang AIC,Shah Alam

12 Jan; Friendly match; Statistik Selangor FC 0-1 Profen FC

Feb-Mei; berehat lama sikit... kepala lutut & buku lali sakit balik. Kalau aku pemain pro dah patut kena buat pembedahan dah ni. Kena bersara terus la nampaknya! Main sekali sekala bolehlah kot.

24 Jun; masuk pertandingan 9-sebelah, ceritanya di SINI


2008

Hanya main satu friendly game kat Teluk Intan... kisahnya di SINI


2009

9 Mei; masuk pertandingan Futsal... dah cerita di SINI

17 Mei; pertandingan 9-sebelah pulak... baca di SINI


2010 Dah tak larat... main telor je lah! hahaha.


RUMUSAN Statistik tentang keseluruhan perlawanan yg aku terlibat sejak tahun 2000- 2009 (sebelum tahun 2000 tiada rekod):

Perlawanan : 77
Menang : 31
Seri : 12
Kalah : 34
Gol : 129
Bolos : 126
Gol aku : 6
Gol sendiri aku : 1
Kad Kuning : 3 je
Kad Merah : Tiada (kira tak jahat sgt la aku main)

Dengan ini aku mengumumkan persaraan dari arena bolasepak peringkat antarabangsa & tempatan. Sebarang rayuan takkan dilayan! Haha.


apa2hal lepas ni aku hantar pemain pelapis (no.8) aku ni je la...

* Beberapa gambar dicilok dari FB sahabat aku.

Sekian adanya...


UPDATE:

2015

30 Mac; Setelah hampir 6 tahun bersara dan umur pun dah layak masuk skuad veteran, tiba-tiba terjebak semula main bola. SSFC 0-5 STATS FC


16 Mei; Mini Karnival Sukan 4 Penjuru, INSPEN Bangi: Bolasepak 9 Sebelah.

31 Julai; Stats FC Zon Tengah 1-2 The Red Warriors Lembah Kelang (TRWLK) 

23 Ogos; Stats FC Zon Tengah 6-5 Detura FC

5 September; Sukan Antara Zon :
Peringkat kumpulan : Zon Tengah 2-0 Zon Selatan,  Zon Tengah 0-0 Zon Ibu Pejabat
Final: Zon Tengah 0-1 Zon Sabah/Sarawak 

2017

29 Julai; Perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 (rebranding Sukan Antara Zon). Dalam sengal-sengal lutut, gagahkan diri juga bermain mengisi kuota 2 orang pemain veteran.
Department of Statistics Malaysia (DOSM) Selangor 2-4 DOSM Wilayah Persekutuan.


12 July, 2010

Spain Juara Piala Dunia 2010

(Setelah sebulan menjadi BATMAN, kini hidup kembali normal... aku kembali menjadi manusia biasa yg tidur di waktu malam) Sedikit info ringkas Piala Dunia 2010:


Juara : Spain
Naib Juara : Netherlands
Ketiga : Germany
Keempat : Uruguay

Man of the Match (Final) : Andres Iniesta (Spain)

Adidas Golden Ball (Pemain Terbaik) : Diego Forlan (Uruguay)
- Kedua: Wesley Sneijder (Netherlands)
- Ketiga: David Villa (Spain)

Adidas Golden Boot (Penjaring Terbanyak) : Thomas Mueller (Germany) - 5 gol, 3 assist.
- David Villa, Wesley Sneijder & Diego Forlan pun score 5 gol, tapi cuma assist 1 gol.

Adidas Golden Glove (Penjaga Gol Terbaik) : Iker Casillas (Spain) - Cuma lepaskan 2 gol je sepanjang kejohanan. Main cun... awek pun cun!

FIFA Fair Play Award : Spain - 8 kad kuning... 0 kad merah.


Hyundai Best Young Player : Thomas Mueller (Germany) -Umur baru 21... main bagus. Layak dapat kereta Hyundai sebijik.

Scrap Iron Boot : Felipe Melo (Brazil) - Anugerah ni aku tambah sendiri! Sebagai penyokong tegar Brazil, hangin betul aku dgn mamat ni. Lepas dia kena kad merah setelah memijak paha Arjen Robben, hancuslah harapan Brazil utk mencari gol penyamaan masa ketinggalan 1-2 kpd Belanda di suku akhir. Dah lah score gol sendiri sebelum tu...


Jumpa lagi 2014 di Brazil.

*World Cup dah habis. Kembalilah korang ke pangkal jalan dengan menonton perlawanan Liga Malaysia. Kesian tengok diorang, macam takde orang peduli je...

10 July, 2010

Komuter - LRT- Aquaria KLCC

Suatu hari minggu...
 anak2 bosan dok rumah...
 ajak jalan...
 nak ke mana? ntah!
 start kereta... kereta bergerak tanpa arah tuju...
 nampak stesen komuter...
 ahh...kita naik komuter je lah!
 sampai KL Sentral...
 makan ayam kat Rasamas...



dah kenyang, awal lagi, takkan nak balik dah...
 naik LRT pulak...
 menuju KLCC...
 ronda-ronda...
 termasuk pulak dlm Aquaria...

(gambar tak berapa terang, flash dilarang)
 angah ketakutan tengok jerung atas kepala...
 berbaloi ke masuk sini? 


 seronok la bagi budak2...
 bagi mak bapak budak... ok sajalah...
 nak balik... LRT delay sejam pulak...
 technical problem...
 sampai KL Sentral... tukar naik komuter... 
anak2 teruja (pengalaman pertama naik komuter & LRT)...
 mak bapaknya pulak...
 last naik komuter & LRT, 7-8 tahun lepas...
 rasa macam dah tobat...
 tak nak naik pengangkutan awam lagi... penat...
 lagi selesa naik kereta buruk aku tu...
 sekian terima kasih.

  * PENGALAMAN AKU NAIK KOMUTER & LRT HARI NI: SIKAP SEGELINTIR ORG MALAYSIA MASIH TAK BERUBAH. TAK MAHU MEMBERI TEMPAT DUDUK KPD GOLONGAN YG LEBIH MEMERLUKAN... BUAT2 TAK TAHU & BUAT2 TIDO.

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...