30 May, 2009

Dalam betik ada betik?

Kat belakang & halaman rumah aku ada la sikit tanah untuk bercucuk tanam. Biasalah rumah teres tanahnya tak luas mana, nak kata sekangkang kera sempit sangat. Mungkin lebih sesuai aku gambarkan sebagai 'sekangkang Ali.. hehe.

Kat depan rumah, aku tanam pokok pisang & ulam-ulaman herba seperti pandan, serai, kunyit & pegaga. Mungkin di luar kebiasaan sikit sebab orang lain kat depan rumah tanam pokok bunga, tapi peduli apa aku , sukahati aku la nak tanam apa pun kat rumah aku... haha. Manakala di belakang rumah aku tanam pokok daun kari, lengkuas & betik.

Jadi bahan2 berkenaan tak payahlah aku beli. Bila isteri aku nak masak atau aku sendiri kadang2 buat gila nak masak, maka petik je, segar terus dari ladang.

Ni pulak cerita pasal pokok betik aku. Boleh dikatakan hari2 kami sekeluarga makan betik disebabkan buahnya yg agak lebat, hinggakan anak isteri aku pun dah naik jemu makan betik. Tapi betik yg sebiji ni agak pelik sikit sebab dalam betik yg besar ada sebiji betik kecik. Mungkin tak begitu pelik sangat bagi orang lain tapi bagi aku peliklah juga, pertama kali jumpa.


Dan lebih pelik lagi, buah betik dan betik dalam betik itu akhirnya berada dalam perut kami sekeluarga tanpa belas ihsan lagi. Sekian, cukuplah aku merapu.

No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...