07 February, 2009

Berkelah @ The Woods Resort, Ulu Yam

~ Ramai bertanya kenapa Ulu Yam ni popular sangat sebagai lokasi perkelahan? Sebenarnya kalau kita menyusuri sepanjang Jalan Sg Tua - Ulu Yam, terdapat banyak lokasi untuk berkelah.

- Antaranya Empangan Batu, tempat-tempat perkelahan sungai dan air terjun yang dinomborkan P1, P2, P3, Taman Negeri Selangor, Riverstone Eco Resort, Amberstone Eco Resort, The Woods Resort dll. Pehh...memang banyak pilihan. Itu pasallah popular!

- Kali ni kami berkelah di The Woods Resort, Ulu Yam. Bayaran masuk RM 2.00 sahaja satu kepala, tanpa mengira berapa besar saiz kepala korang. Budak-budak kecik masuk free je. Sesuai untuk seisi keluarga. Ada tempat mandi yang cetek dan dalam. Ada chalet, tapak khemah berlambak-lambak. Ada tapak untuk buat hari keluarga dan juga gelanggang 'paintball'.


Itu saja gambar yang sempat diambil. Aku sibuk memanggang ayam!

No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...