15 April, 2008

Risaunya bila si Aliff demam

Sesiapa yang ada anak kecik mungkin pernah mengalami anak diserang sawan tarik bila demam panas. Yang tak tau apa itu sawan tarik atau sawan demam boleh ambik tau di SINI.

Aku cuma nak kongsi pengalaman menghadapi situasi anak kedua aku si Aliff tu diserang sawan tarik. Pertama kali kena masa tu umur Aliff lebih kurang 11 bulan, memang kelam kabut aku & bini aku. Almaklumlah tak pernah berdepan dengan benda2 macam ni. Tengok badan dia dah kejang semacam, mata hitam dah naik ke atas, air liur pulak meleleh je. Tak tau nak buat apa, cepat2 hantar ke klinik aje lah. Bawa kereta pun tak sedar habis semua bonggol aku langgar. Sampai klinik doktor terus bagi ubat demam masuk dalam lubang bontot. 2-3 minit lepas tu Aliff dah OK semula. Cuma nampak letih sangat dan lepas tu tertidur.
 
tidur...baru lepas kena sawan la ni...

Lepas tu doktor suruh bawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lepas check-up, pukul 12.00 tgh malam kena masuk wad. Terpaksalah ibunya tidur di hospital menemankan anaknya. Pukul 3.00 petang esoknya baru boleh keluar.

Selepas peristiwa kali pertama tu, ada juga 3-4 kali si Aliff terkena sawan lagi. Cuma sekarang ni dah tak ke klinik lagi. Bila dia demam je, cepat2 masukkan ubat dalam bontot dia. Ubat tu memang dah standby simpan stok kat rumah, dgn izin Allah memang mujarab (apakenama ntah ubat tu).Lepas tu selimutkan dia dgn tuala lembab, letak juga tuala lembab kat dahi dia (lagi senang letak je 'kool fever'). Alhamdulillah setakat ni dah lama tak kena sawan lagi.

1 comment :

  1. saya anak demam akan letak tuala lembab di sekitar badan.
    di belakang badan, tengkuk, leher, ketiak
    memang budak rimas, tapi cuba letak pelan2 masa dia tidur tu
    cuma jgn kat dada jelah, takut semput / sejuk dada nyer
    kat perut tu oles2 kan air
    memang x tidur sgt la, terkejut2 nak pastikan tuala x jatuh masa budak berpusing tidur.
    btw anak saya juga kena sawan / fitting.
    tapi bukan sebab demam.
    x pasti sebab ape
    duduk di NICU agak lame, telah buat CT Scan dan MRI
    hasilnya ialah pendarahan dalam otak..

    -ibu wawa-

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...