20 October, 2007

Pindah Rumah baru

Sejak merantau ke KL , aku hanya tinggal di rumah flat/apartment je sejak dari zaman bujang. Dari rumah Flat Seksyen 17 PJ, ke Flat Bukit Angkasa Pantai Dalam, ke Kompleks Belia Bandaraya kat Cheras dan akhir sekali kat Flat Taman Kosas, Ampang.

 Bila dah kahwin, sewa rumah kampung kat Kg Melayu Subang. Setahun lebih juga duduk situ. Seronok tinggal dalam suasana kampung. Anak sulung aku si Aiman pun lahir masa duduk situ. Julai 2005, pindah ke rumah sendiri, beli apartment di Saujana Utama, Sg Buloh. Dah syok duduk area kampung, duduk la kat rumah banyak tingkat balik. Nak buat camno, itu je yg termampu dimiliki.

Aiman tengah nenen kat rumah lama

Lepas 2 tahun duduk apartment sendiri (anak kedua si Aliff pun lahir masa duduk sini)...terasa bosan pulak. Rasa macam terkurung je. Anak2 kecik aku nak main kat bawah, aku pun kena turun sekali perhatikan diorang. Bila dah naik ke rumah sure malas nak turun balik. Nekad, hari ni pindah rumah baru. Sewa rumah teres 2 tingkat, dalam taman yg sama, tak jauh dari apartment lama. Rumah baru ni kedudukannya strategik. Dekat dengan kedai runcit, pasar malam, pasar tani, taska & sekolah. Senang bila anak2 dah sekolah nanti. Ada juga tanah sekangkang kera bolehlah nak bercucuk tanam pokok serai, pandan, kunyit, cili, dll sikit2.

kat rumah baru...boleh mandi ujan
 
nak mandi kolam pun takde masalah...

Kata mak aku, “apa la 'pandai' sangat ko ni...dah ada rumah sendiri gi duduk menyewa pulak”. Tak kisahlah mak, janji aku selesa...hehe. Rumah apartment aku tu aku sewakan aje.

18 October, 2007

Alkisah Raya 2007

Cuti seminggu. Tahun ni giliran beraya di Perak dulu. Dalam perjalanan balik kampung, sampai kat Lembah Beringin, kereta buat hal pulak...tiba-tiba brek tak makan. Nasib baik tak cium bontot kereta orang. Lepas tu aku bawa kereta slow2, nak brek main low gear dan handbrake je. Sampai Tanjung Malim cari bengkel. Rupanya master pump bocor. Terbang juga dekat RM200. Adehh...bertambah pokai la nak raya ni.
 
 
Hari raya biasa2 aje. Takde yang luar biasa. Hari raya ketiga balik beraya di Pahang (kampung aku) pulak tiga empat hari.
Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...