10 August, 2007

Aliff kena air panas

Pagi semalam anak aku terkena air panas. Masa tu aku dah pergi kerja. Dia duduk dalam walker, main kat dapur. Ibunya pun tak perasan dia tarik wayar cerek air panas baru masak, cerek terbalik & tertumpah kena kat lengan. Mengelupur la budak tu kepanasan. Dan mengelupur la juga ibunya kelam kabut hantar ke klinik. Rasanya dah aku sorokkan wayar tu kat celah almari, dapat juga dia capai. Nasib baik juga kena kat lengan je, kalau kat muka...abihlah tak hensem anak aku.

aliff yg berbalut lengannya dipangku maklongnya

Moral: Berhati-hati bila anak duduk dalam walker, sentiasa perhatikan dan jauhkan benda2 berbahaya agar tak dapat dicapai tangannya.

No comments :

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen...
tapi jika komen menggunakan 'Tanpa Nama @ Anonymous'... silalah letak nama samaran sekurang-kurangnya di akhir komen... tidaklah tertanya-tanya siapa gerangannya si tukang komen...

Terima kasih sudi singgah. Ini blog peribadi... sekadar mencatat pengalaman peribadi. Maka segala pendapat/pandangan dalam blog ini adalah pendapat/pandangan peribadi, tiada kena mengena dengan pihak lain kecuali aku nyatakan namanya. Pendapat/pandangan ini tidak semestinya benar, tapi tidak semestinya pula tidak benar.

Kalau ada info dalam blog ini yang bermanfaat kepada orang lain, baguslah...alhamdulillah. Kalau rasa tak berfaedah, diam-diam sudah dan jangan buang masa sila tinggalkan blog ini.

Aku juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan/kerugian/ kesusahan/kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini. Semua dah besar pandai-pandailah menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...